Seperti yang dijangka, ekoran daripada keputusan rejim Umno dan Barisan Nasional (BN) menghalang kehadiran dua peguam dari Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham datang ke Malaysia, sesi taklimat yang sepatutnya diadakan di Dewan Rakyat Khamis lalu terpaksa diadakan hari ini di Singapura.
Kedua-dua peguam tersebut tidak hadir kerana tiada jaminan keselamatan diberikan sekiranya mendarat ke negara ini, seperti yang dinyatakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) menurut ahli parlimen Batu, Tian Chua.
Taklimat yang akan diadakan di Changi Hotel Village jam 12 tengah hari ini akan dikendalikan oleh peguam bersekutu kedua-dua peguam Perancis itu, Apolline Cagnat.
Cagnat sudah pun tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi jam 740 pagi tadi setelah berlepas dari Lapangan Terbang Charles de Gaulle, Paris kira-kira jam 3 petang semalam waktu Malaysia.
Usaha untuk menyiarkan sesi taklimat secara langsung dari hotel berkenaan ke Kuala Lumpur sedang dilakukan pasukan petugas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan dijangka lintas langsung ini juga boleh diikuti menerusi laman sosial Facebook yang akan ditentukan kemudian.
Antara perkara yang bakal disentuh adalah siapa Amina Abdullah, bagaimana data perjalanan kemasukan Altantuya hilang dan sebagainya. - Jalan Pulang
ADMIN akan cuba membuat "LIVE UPDATE" ke LAMAN SOCIAL FACEBOOK :
SILA KLIK link http://www.facebook.com/pages/Buletin-Pakatan-Rakyat/121753161270062?ref=tn_tnmn ATAU https://www.facebook.com/pages/Demo-LaNie/217274008284992
ADMIN akan cuba membuat "LIVE UPDATE" ke LAMAN SOCIAL FACEBOOK :
SILA KLIK link http://www.facebook.com/pages/Buletin-Pakatan-Rakyat/121753161270062?ref=tn_tnmn ATAU https://www.facebook.com/pages/Demo-LaNie/217274008284992
"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).
No comments:
Post a Comment