KUALA LUMPUR 25 NOV : Pemimpin perarakan Anti-Lynas “Green Walk” akan meneruskan misi mereka dengan berarak ke Parlimen esok bagi menyeru Kerajaan Pusat supaya menghentikan operasi loji nadir bumi Lynas di Pahang.
Ini setelah perarakan yang berjaya mencecah 20,000 orang itu dihalang daripada memasuki Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, hari ini.
Pengerusi Himpunan Hijau Wong Jack berkata beliau dan aktivis lain akan bermalam di Kuala Lumpur dan meneruskan kempen mereka dengan berarak ke Parlimen.
“Saya akan teruskan kempen ini sehingga kerajaan menghentikan operasi Lynas,” kata beliau kepada media di luar perkarangan Dataran Merdeka.
Sebelum itu perarakan yang telah mencecah kira-kira 20,000 orang telah sampai di Dataran Merdeka Kuala Lumpur petang tadi di mana mereka di halang daripada memasuki padang bersejarah tersebut.
Peserta yang berbaju hijau daripada berbilang kaum itu telah membanjiri persimpangan Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak tetapi dihalang daripada memasuki Dataran Merdeka oleh pasukan polis dan penguatkuas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Walaubagaimanapun, mereka berada di dalam keadaan aman dan ceria sementara menunggu isyarat daripada pemimpin mereka berkenaan langkah seterusnya jika masih dihalang untuk memasuki Dataran Merdeka.
Turut kelihatan dalam perarakan tersebut pemimpin Pakatan Rakyat seperti Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, MP Kuantan Fuziah Salleh, Exco Alam Sekitar Selangor Elizabeth Wong dan Adun Rawang Gan Pei Nei.
Acara “Green Walk” dimulakan oleh Wong sebagai kempen untuk memupuk kesedaran tentang bahayanya operasi loji nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan, Pahang.
Wong yang memulakan acara Green Walk di Kuantan pada Nov 12, telah berjalan kaki sepanjang 300 km dari Kuantan ke Kuala Lumpur bagi meraih sokongan terhadap kempen itu.
Beliau yang memulakan acara tersebut secara peseorangan telah mengumpul beratusan penyokong yang turut berjalan bersama beliau.
Himpunan Hijau Anti Lynas mencapai matlamat apabila kumpulan pejalan kaki Stop Lynas berjaya tiba di Dataran Merdeka kira-kira jam lima petang tadi.
Hampir 20,000 orang berjaya tiba di hadapan Dataran Merdeka. Mereka duduk di atas jalan raya mendengar ucapan Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack.
Wong Tack dalam ucapannya berkata, kumpulan yang berjalan kaki dari Kuantan, Pahang akan duduk di Dataran Merdeka sehingga pagi esok bagi menunjukkan bantahan mereka.
"Kita berada di sini kerana sayangkan negara kita.
"Kita akan tidur di sini dan kita minta ahli parlimen datang jenguk kita kerana mereka menaiki kenderaan, cuma tiga minit sahaja sedangkan kita sudah jalan jauh," katanya.
Perjalanan sejauh 300 kilometer itu bermula sejak 13 November lalu.
Mereka tiba di Tol Gombak, jam 3 petang semalam sebelum berarak ke Kolej Universiti Islam Dr. Zulkifli Mohamed ((KUIZM), di Taman Melewar pada jam 4 petang.
Ketibaan mereka disambut PAS kawasan Batu dengan Yang DiPertua PAS Batu, Cikgu Ishak Surin yang turut bersama-sama berjlan kaki dari Tol Gombak ke Taman Melewar.
Pagi tadi, kumpulan tersebut bergabung dengan kumpulan dari Kuala Lumpur mula berarak dari KUISM ke Sentul Pasar.
Mereka seterusnya berarak ke Maju Junction sebelum bergabung dan berarak ke Dataran Merdeka.
Cikgu Ishak turut bersama-sama ke Dataran Merdeka bersama kaum Cina, Melayu dan India dari pelbagai peringkat umur.
Mereka duduk di Dataran Merdeka kira-kira sejam sebelum sebahagiannya beransur pulang.
Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang turut serta ialah Presiden PKR, Datuk Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden, Tian Chua dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.
Tiada kejadian yang tidak diingini sepanjang perarakan. -Harakahdaily

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).
No comments:
Post a Comment