Sunday, July 3, 2011

Lahir Berbangsa BUGIS, Kini Berbangsa SUNGAI dan Layak MENGUNDI

Oleh: ALBERT M. DUPALAN
EKORAN daripada surat ‘Mangsa Along’ yang disiarkan di Sabahkini.net bertajuk ‘Maling Kundang Mengganas, PDRM Cemas’,Sabahkini.net telah menghantar seorang wartawan penyiasat ke Sandakan untuk menyiasat latar belakang seorang Ketua Kongsi Gelap @ Along yang dikenali sebagai Abdullah @ Ulah.


Hasil daripada siasatan Sabahkini.net, Ulah sebenarnya seorang pendatang asing tanpa izin daripada Indonesia kerana majoriti masyarakat Sandakan mengetahui beliau tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri, termasuk dua orang kanannya, Tuming dan Nasir.

Kumpulan mereka dahulunya dikenali sebagai ‘MATADOR’ tetapi kegiatan haram mereka dapat dipatahkan oleh PDRM daripada Bukit Aman hasil daripada laporan masyarakat Sandakan.

Kini Kumpulan Kongsi Gelap berkenaan bergabung kembali menggunakan nama ‘MALING KUNDANG’, yang diadaptasi daripada kisah legenda anak derhaka kepada ibunya dan telah disumpah menjadi batu.

Menurut maklumat yang telah diperolehi daripada masyarakat suku kaum Bugis yang amat mengenali Ulah, beliau dilahirkan di salah satu daerah di Kepulauan Indonesia pada 1972.

Abdullah adalah nama asalnya yang diberi oleh kedua orang tuanya berbangsa Bugis tulen. Abdullah @ Ulah dipercayai telah membeli dokumen Sijil Lahir orang mati dengan bantuan Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara yang diatur melalui sindiket atau broker tempatan dan menggunakan sijil lahir berkenaan sehingga kini.

Keluarga pemilik Sijil Lahir berkenaan tidak melaporkan kematian anak mereka sebaliknya menjualkan sijil lahir tersebut kepada Abdullah dengan bantuan Pegawai JPN yang khianat sehingga Abdullah mendapat MyKad bernombor 720122-12-5545.

Nama Abdullah kini hanya tinggal sejarah kerana setelah mendapat Sijil Lahir berkenaan, Abdullah kini menggunakan nama Halim Bin Ahmad dan berbangsa Sungai.

Ulah @ Halim Bin Ahmad merupakan pemilih berdaftar bagi 188/49/08/001 - Kg Aru, Daerah Mengundi, Tungku, di Parlimen Silam.
Semakan dengan JPN mendapati MyKad 720122-12-5545 atas nama Halim Bin Ahmad telah diambil pemohon.

Tidak menghairankan jika pada suatu hari kelak, Halim Bin Ahmad akan menuntut mana-mana harta pusaka daripada keluarga Ahmad Bin Lunggu kerana kegiatan ugut-mengugut sudah menjadi darah daging Abdullah @ Ulah @ Halim Ahmad.

Kisah Abdullah @ Ulah yang berasal daripada Indonesia ini sama dengan Lagenda 5 Sahabat Panca Delima. Bila malam menjelang, mereka adalah manusia biasa yang berusaha membantu rakyat jelata. Namun apabila matahari terbit, mereka akan menjadi ular yang kejam mencari mangsa untuk membalas dendam.
Cuma bezanya, aktiviti Ulah@Halim ini bila malam menjelang, mereka melakukan kegiatan melacurkan perempuan berasal dari Indonesia dan kutipan hasil pelacuran akan dipungut oleh seorang bapa ayam bernama Jamal, yang telah dipertanggung jawabkan oleh Ketua Mafia Ulah@Halim untuk memungut hasil lendir daripada langanan.

Di waktu matahari terbit, kegiatan kumpulan ini pula menjalankan perjudian mesin slot, judi berkomputer dan memungut cukai perlindungan di Pasar Besar Sandakan serta perjudian nombor ekor haram, terutama Wahui yang dibuka sehingga 6 kali sehari. Pada hari sabtu dan ahad, kumpulan ini pula menjalankan perjudian sabung ayam.

Persoalannya, kenapa PDRM berdiam diri seolah-olah menghalalkan kegiatan kongsi gelap atau adakah PDRM menerima bayaran yang lumayan sehingga terpaksa menutup mata terhadap kegiatan Maling Kundang ini. Mungkinkah PDRM juga berkongsi dan merestui kegiatan haram Maling Kundang?

Persoalan kedua, bagaimana pendatang haram tanpa izin boleh memiliki sijil lahir dan kad pengenalan bermutu tinggi Malaysia? Adakah Jabatan Pendaftaran Negara Sabah turut mendapat bayaran lumayan ataupun mendapat ‘saham’ dalam kegiatan pemalsuan dokumen.

Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini rakyat atau…….? Mungkinkah JPN atau SPR akan menggunakan saringan DNA untuk menentusahkan darah Bugis atau Sungai yang mengalir dalam tubuh Ulah @ Halim Bin Ahmad?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular