Naib presiden PKR, Datuk Chua Jui Meng memberitahu projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang bertujuan untuk merampas tanah daripada para penduduk atas alasan pembangunan dan meningkatkan ekonomi.

“Semasa tawaran itu dicadangkan kepada kerajaan Selangor menerusi Syarikat Everwish Sdn Bhd, mereka hanya meletak syarat sebanyak 2889 ekar saja yang diperlukan untuk mendirikan loji petrokimia di Pulau Indah,” kata Chua.

Ekoran bukti baru tersebut, Chua mempersoalkan kenapa sejumlah besar tanah itu dirampas oleh kerajaan Johor dibawah menteri besar (MB) Dato' Abdul Ghani Othman serta berharap beliau menjelaskan apakah rancangan bagi menggunakan baki tanah tersebut.
Chua juga tidak menolak sebuah syarikat kroni Tebrau Teguh Bhd di Johor mungkin akan mendapat faedah dalam perancangan baki tanah di Pengerang.


No comments:
Post a Comment