Monday, January 16, 2012

Perkasa buat "LAWAK" ..Rupanya PERKASA dan lama nak sokong bekukan Aset NFC.

Sejak bila Perkasa sokong bekukan aset NFC ni?
Sejak dari awal isu feedlot ini tercetus, Presiden Perkasa, Ibrahim Ali menegaskan Putrajaya sepatutnya membekukan aset Pusat Fidlot Nasional (NFC) sebaik sahaja kontroversi pusat ternakan lembu itu muncul November lalu.

Aik, Pelik lah, sebelum ni dia tak pernah cakap apa apa pun pada membekukan aset NFC kan?

Pada 18 November 2011 Perkasa berpandangan Perbadanan Fidlot Nasional(NFC) berhak mengambil tindakan undang undang terhadap Rafizi Ramli jika dakwaan dan tuduhan nya disifat memfitnah, menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Perkasa Tuan Syed Hassan Tuan Syed Ali.
“Begitu juga Penjelasan yang dibuat oleh Datuk Dr Mohamad Salleh, Pengurusi Eksekutif, semua pihak boleh menilai ikut tafsiran masing masing adakah ianya ada salah laku dipihak pengurusan atau ianya adalah praktik biasa dilakukan oleh semua syarikat untuk mengambil kesempatan membuat untung sementara”. Kata Syed Hassan.

Kenyataan ni dikeluarkan oleh PERKASA bukan pada awal isu penyelewengan NFC ini di keluarkan, akan tetapi sudah pertengahan, PERKASA siap suruh NFC saman lagi saudara Rafizi yang juga digelar anak derhaka oleh Shahrizat atas pendedahan yang saudara rafizi lakukan terhadap perkara ini.

Sekarang lain pula ceritanya, dia PERKASA tegaskan, sepatutnya membekukan aset Pusat Fidlot Nasional (NFC) sebaik sahaja kontroversi pusat ternakan lembu ini tercetus?

KAH KAH KAH… Lawak betul lah PERKASA ini… ada apa apa lagi tak PERKASA cakap?

Ada, Ibrahim Ali cakap “Tetapi akibat dari mainan politik pembangkang, sebarang isu yang timbul di pihak krajaan pusat atau negeri Barisan Nasional (BN), belum apa-apa mereka sudah jatuh hukum bersalah.

“Tapi jika berlaku di negeri pentadbiran Pakatan Rakyat, awal-awal lagi mereka mengatakan itu fitnah puak BN dan tidak benar. “Jika benar sekali pun, mereka akan dakwa pihak BN sengaja lakukan sebab mahu burukkan PR,” kata Ahli Parlimen Pasir Mas ini.

Pihak pembangkang Pakatan Rakyat yang yang lakukan pendedahan ini dari awal, sehingga ia berjaya di ambil serius oleh pihak kerajaan, tiba tiba mereka pula yang di persalahkan? KAH KAH KAH…

Mungkin benar sudah lama mereka menyokong, cuma tidak berani tampil dan menyokong tindakan saudara Rafizi dan pihak pembangkang atas pendedahan isu NFC ini. Hehe… - Really

Ini lawak ke apa ke?
Dari mana dia datang tup2 cakap dia dah lama sokong aset nfc dibekukan?
kah kah kah

Ada sapa2 nampak dia menyalak dalam isu neh? ==> TAKDE.
Ada sapa2 nampak dia berdemo dalam isu neh? ==> TAKDE.
Ada sapa2 nampak dia hentam shahrizat dan keluarga dalam isu neh? ==> TAKDE.

HABIS?

Apa yang ko dan aku nampak?
Apa pun tak nampak melainkan geng2 depa bekap shahrizat dan family. Itu je yang aku pasan. Balik2 neh syarikat bumi. Balik2 pr dengki. Balik2 shahrizat bersih. Balik2 neh cuma masalah kos dan masa. Lebih kurang begitulah alasan nya. So time bila depa bantah dalam isu neh? Mana ada pun.

Yang bantah umno cheras ada lah. Itupun kena serang lepas bantai. Lepas tue bung mukhtar. Dia pun kena balon lepas serang shahrizat. Dan beberapa orang umno macam azmi khalid. Mahathir pun tak berani bantai melainkan cakap kias2. So bila masa perkasa balon shahrizat? Ada meh? Takdak!

Namun,

Walaupun aset nfc dibekukan, nfc akan tetap beroperasi seperti biasa menurut kenyataan anak shahrizat. So pembekuan neh mungkin bersifat luariah. Dalamiah tak pasti lagi macam mana. Nak tahu? Tunggu lepas tiga minggu. Lepas shahrizat habis bercuti.

kah kah kah

Ameno : Satu lagi wayang tanpa panggung dari malaysia untuk rakyat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular