Sunday, January 15, 2012

Notis saman terhadap papa gomo dan parpu kari disiarkan di akhbar.

Wahh..
Hebat !

Itulah berani lagi mengarut yang bukan2 dalam blog. Kalau tak pasti, tanya. Jangan main tuduh2. Jangan main fitnah2. Nak tulis pandangan sendiri, tulis lah. Tapi biarlah ada hujah supaya orang yang terkena tue tak boleh anggap ia sebagai fitnah. Dalam erti kata lain == > berhujah bukan nya menfitnah.
Lihat bawah neh ;
Nama, no ic, dan alamat seme complete disiarkan di paper the star bertarikh semalam. Benda neh pun aku dapat dari laman web umnoreform. Kredit pada dia. Tenkiu.

Nasihat aku pada papa gomo dan parpu kari, minta maaf dah larh. Tak guna korang pertahankan benda yang salah. rm10juta ko tahu. Bukan rm100,000.00. RM100,000.00 pun korang tercekik2 nak mencari, neh kan pula rm10juta. Mana nak cekau?

Orang kalau melawan kemungkaran, logik gak disaman2 neh. Neh pasal menulis fitnah. Buang masa je defend bagai. Lue fikirlah sendiri. Bak kata aku, berani buat, berani larh lue hadap.

kah kah kah

Ameno : 10 juta beb.. bahaya siot.

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2012/01/notis-saman-terhadap-papa-gomo-dan.html#ixzz1jbYsugcM

Papagomo dan parpukari di saman

keluaran The Star 14hb Januari 2012 dan disiarkan nama mereka sekali

Terpapar dalam media arus perdana The Star Notis Tuntutan terhadap parpukari @ Mohd Salim Iskandar seperti disebut dalam notis tersebut dan papagomo @ Wan Mohamad Azri kerana dikatakan menulis mengenai perkara yang melibatkan fitnah melibatkan seorang ahli perniagaan Abdul Razak bin Mohd Noor. Semua ini terpapar dalam The Star bertarikh 14hb Januari 2012. Era saman menyaman terhadap tulisan yang tidak disambut dengan bukti kukuh semakin bermula. Papagomo @ Wan Mohamad Azri serta Parpukari adalah laman pro UMNO paling popular dengan isu-isu sensasi serta kritikan yang agak keterlaluan dengan pemilihan perkataan yang tidak begitu menyenangkan.

Dengan label mereka adalah laman pro UMNO popular maka UMNO juga disabitkan dengan tindakan-tindakan laman web mereka yang hari ini sudah mula di saman. Melihat perkembangan yang ada penulis-penulis blog kadangkala gagal mengasingkan makna perang saraf dengan apa yang disebut fitnah. Melihat satu kenyataan dari parpukari@Mohd Salim Iskandar dalam isu laporan polis ke atas fitnah papagomo@Wan Mohamad Azri oleh artikulis www themalaysianinsider.com Amin Iskandar – mereka memaklumkan bahawa tulisan itu adalah hak kebebasan bersuara – satu justifikasi yang amat dangkal.

UMNO dalam isu ini seharusnya tidak terlibat atau campur tangan dalam membela laman – laman yang sebenarnya lebih membawa gambaran buruk kepada UMNO. Namun dalam banyak hal kami dimaklumkan ada sumber-sumber sahih yang mengatakan ada kepimpinan UMNO yang terlampau ghairah dalam penglibatan laman web sehingga UMNO terpalit dengan apa yang negatif dibawa oleh laman-laman pro UMNO ini.

UMNO akibat penulisan beberapa laman web pro UMNO ini akhirnya di manipulasi oleh pembangkang untuk menjatuhkan imej UMNO sendiri. Tindakan ini akhirnya meletakkan kita tersepit antara keseronokan menulis dengan usaha untuk menarik lebih ramai anak muda – orang yang tidak berparti melihat UMNO sebagai wadah sokongan mereka. Mungkin sudah sampai masanya UMNO melakukan pembersihan – mengasing diri dari terus dilabel terlibat dalam pendedahan palsu dan menggunakan laman pro UMNO sendiri untuk tujuan peribadi dan politik sendiri. Dari Blog UMNO REFORM

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular