KUALA LUMPUR- Datuk Dr Hasan Ali pada Isnin menegaskan bahawa beliau tidak akan sekali-kali menyertai Umno sebaliknya selesa dengan statusnya kini dalam misi meneruskan agenda mendaulatkan Islam.
Malah jelas Hasan, beliau masih sayangkan PAS walaupun parti itu mengambil keputusan drastik memecatnya daripada parti itu baru-baru ini.
"Masuk Umno? Not at all (tidak sama sekali).
"Hati besar, hati kecil (saya) bersama dengan PAS. Kalau ditakdirkan suatu hari nanti ada jodoh dan pertemuan kita...bila parasit-parasit ini tidak ada dan bila PAS balik kepada pengkalan asalnya, Hasan Aliakan mengisi borang baru menyertai PAS," katanya pada sidang media di kediamannya di sini, Isnin. -mStar
No comments:
Post a Comment