Tuesday, January 17, 2012

Letupan semasa pembebasan Anwar disebabkan Najib laksanakan Pelan A?

Letupan semasa pembebasan Anwar disebabkan Najib laksanakan Pelan A jika tidak keputusan mahkamah Semasa rakyat sedang bergembira kerana pembebasan Anwar Ibrahim, satu bayang hitam dengan cepat telah timbul dan jelas menunjukkan kelicikan kerajaan Malaysia yang dipimpin Najib Razak dan parti UMNO nya.

Pemimpin PKR merujuk kepada 3 letupan yang dengan cepat telah dikatakan pihak polis sebagai bom buatan tangan yang diletupkan dikawasan kompleks mahkamah sejurus selepas keputusan “tidak bersalah” diumumkan.

“Letupan tersebut memang serius, ia boleh membunuh dan telahpun sebenarnya ditujukan kepada beberapa penyokong. Kita lihat ini sebagai sebahagian daripada pelan A Najib yang mahu menciptakan rusuhandan menakutu-nakutkan rakyat untuk menerima Anwar disabitkan bersalah. Sudah pasti saya tidak akan berdiri di sini sekarang sekiranya Anwar didapati bersalah. Saya semestinya akan ditahan dibawah ISA,” ujar naib presiden PKR Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.

Insiden yang dirancang

Bukan rahsia bahawa pihak polis dan Menteri dalam Negeri, Hishamuddin Hussein yang juga sepupu Najib telah memberi amaran kepada rakyat bahawa sekiranya apa-apa yang berlaku pada hari tersebut, ia adalah dari pihak pembangkang kerana berkeras menunjukkan sokongan kepada Anwar yang dilihat sebagai mangsa politik yang disabitkan bersalah walaupun dakwaan liwat itu jelas dibuat-buat oleh seorang pembantu pada 2008.

Sama ada pihak polis dan Hisham cuba untuk mencetuskan rusuhan ganas, terdapat spekulasi mengatakan Najib akan menggunakan 901 Perhimpunan Bebas Anwar oleh pihak Pakatan untuk mecalar pembangkang dan mengutuk sebarang tunjuk perasaan jalanan yang mungkin akan diadakan.

Dipercayai bahawa perhimpunan 901 akan digunakan Najib untuk memulakan rusuhan – satu siri usaha untuk parti UMNO meyakinkan rakyat menerima status quo dan mengundi BN pada PRU 13 di mana pihak pembangkang dijangkan akan memberi tekanan kepada dominasi UMNO selama 54 tahun.

Sokongan luar biasa seluruh negara dan global untuk Anwar

Anwar yang berusia 64 tahun telah menyangkal dakwaan liwat dengan memberi bukti bahawa pembantunya itu telah pergi berjumpa dengan Najib dan Rosmah beberapa hari sebelum membuat laporan polis yang membawa kepada perbicaraan kes Liwat II. Liwat adalah jenayah yang boleh membawa kepada 20 tahun hukuman penjara di Malaysia tetapi, pemimpin dunia terutama dari Eropah dan Australia telah menjangkakan yang terburuk buat Anwar.

Disebalik kekecohan di negara dan kritikan antarabangsa, Najib tidak berganjak dengan pendirian beliau. Mereka yang rapat dengan pasangan itu mengatakan bahawa pada mulanya, Najib hanya ingin membendung populariti Anwar supaya beliau yang pada ketika itu adalah TPM boleh mendapat perhatian.

Tetapi, disebabkan rasa tidak selamat dan lemah dalam membuat keputusan, mereka yang mendapat tekanan daripada orang kuat UMNO dan Mahathir merasakan bahawa adalah lebih baik Anwar dipenjarakan supaya kuasa mereka tidak tergugat. Apapun, Najib telah membenarkan kes itu masuk mahkamah dengan mengharapkan bahawa apabila masa sudah ia kepada mencapai keputusan, rakyat telah melupakan Anwar.

Walaubagaimanapun, tidak seperti yang mereka jangka. Beberapa minggu sebelum hari keputusan diumumkan, 9 Januari, respon daripada rakyat dan komuniti antarabangsa sangat kuat dan jelas. Anwar tidak boleh dipenjarakan dengan cara ini. Ini dibuktikan dengan kegembiraan yang dipamerkan diseluruh negara dan dunia yang terkejut dengan pembebasan beliau. Semua akhbar utama di dunia pertama menyiarkan cerita pembebasan Anwar.

“Jelaslah Najib dan Rosmah telah gagal. Mereka tidak dapat membendung kehangatan dan mereka risau legasi dan sejarah yang mereka akan tinggalkan sekiranya mereka mengikut kemahuan Mahathir dan orang kuat UMNO yang lain. Bukanlah satu gurauan sekiranya Anwar dipenjarakan dan ia akan mencetuskan rusuhan. Ia boleh menjadikan Malaysia seakan-kan negara Korea Utara atau Zimbabwe. 

Adalah mudah untuk Mahathir dan rakan-rakannya kerana Najib yang berkuasa jadi mereka boleh menyorong segala agenda jahat mereka kepada Najib dan Rosmah dan merekalah yang akan dipersalahkan sekiranya apa-apa yang buruk timbul daripada ini,” kata pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi kepada Malaysia Chronicle.

Salah langkah dan strategi bodoh

Walaupun Najib dan rakan BN nya cuba menyelamatkan keadaan dengan mendakwa bahawa sistem kehakiman Malaysia sememangnya bebas dan boleh dipercayai, dakwaan mereka tidak membawa sebarang kebenaran.

“Sekiranya itu kes nya, adakah Najib dan rakan-rakan beliau mengakui bahawa mereka memfitnah Anwar melakukan liwat tetapi telah dihalang oleh sistem kehakiman yang bebas?” Tanya Tian.

“Saya merasakan bahawa pihak UMNO memang bodoh kerana bermain permainan ini. Ia benar-benar seperti mengaku bahawa mereka bersalah memfitnah Anwar dan kemudian mengatakan bahawa ada kawalan dalam sistem di mana mahkamah boleh menghalang mereka. Pendek kata, orang yang pertama harus meletak jawatan adalah Peguam Negara, Gani Patail. Kenapa beliau sanggup meneruskan kes yang selemah ini dan membazir sumber negara hanya untuk membantu kerjaya politik Najib dan rakannya dalam UMNO?”

Pada tahun 1998, Mahathir telah memainkan cerita yang sama dan ia telah mengakibatkan beliau meletak jawatan dan UMNO kehilangan 60% undi Melayu di kawasan utama pada pilihanraya 1999. Undi Cina sebenarnya yang menyelamatkan UMNO dan Pakatan BN. Undi Cina sekarang bersama Pakatan dan juga kebanyakkan undi bukan Melayu lain disebabkan sikap perkauman UMNO serta polisi pecah dan perintah mereka.

Kenapa kami nak buat letupan sedang kami bergembira?

Sementara itu, pemimpin PKR telah menyelar pihak polis kerana kelemahan mereka semasa letupan itu berlaku sejurus selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Anwar. 

Mereka meminta penjelasan penuh kerana mendakwa kon trafik milik polis yang dikatakan dimana bom disembunyi hanya dapat dilakukan oleh pihak polis sendiri dan agen mereka.

Polis dengan cepat membidas dan menunding jari kepada PKR, mendakwa penyokong parti dan mereka yang berkumpul di kompleks mahkamah Jalan Duta yang melakukan perkara tersebut.

“Ini tidak masuk akal. Kenapa kami nak bergembira sambil meletupkan bom? Yang kedua, kawasan manakah yang berada dibawah kawalan ketat pihak polis? Keseluruhan tempat dikawal ketat oleh pihak polis selama beberapa hari sebelum keputusan diumumkan pada hari Isnin. Kalau ada, pihak polis lah yang patut bertanya pada diri mereka sendiri. Adakah mereka lalai? Yang terakhir, letupan itu dikatakan diletak dibawah kon polis. Jika itu bukan kon mereka, jadi kon milik siapakah itu? Siapakah yang mampu membawa masuk sesuatu yang besar di tempat yang dikawal rapi?” ujar Pengarah Hal Ehwal undang-undang Latheefa Koya kepada Malaysia Chronicle.

Media kerajaan juga telah melaporkan bahawa polis sedang mengkaji sebuah video untuk mengenalpasti dalang disebalik letupan itu. Ada usaha jelas dan kuat untuk menyabitkan PKR dengan letupan tersebut walaupun ia sesuatu yang tidak munasabah.

Media milik UMNO juga telah melaporkan bahawa siasatan awal menunjukkan bahawa bahan letupan tersebut telah dibawa oleh mereka yang mengambil bahagian dalam perhimpunan itu. “Tempat itu telah diperiksa lengkap oleh pihak polis, kawasan itu juga dikawal mereka beberapa hari sebelum perhimpunan itu. Satu pemeriksaan terakhir dilakukan sebelum perhimpunan berlangsung dan tiada apa-apa benda mencurigakan dijumpai,” kata sumber kepada media.

Sumber itu sebenarnya mengatakan hal yang sama dengan Latheefa dan juga pemimpin Pakatan yang lain. Kawasan itu telah diperiksa beberapa hari sebelum dan dibawah kawalan rapi. Ia juga mustahil untuk mereka yang menyertai perhimpuanan untuk menyeludup masuk bahan-bahan yang besar seperti kon trafik. Juga yang peliknya Utusan kesal kerana tiada CCTV walaupun pihak polis telah mendakwa mereka akan menggunakan video untuk merakam perhimpunan 901 untuk menyangkal dakwaan kekasaran mereka kelak.

3 ambulans dari Liow Tiong Lai

Pengkritik menunding kepada perhimpunan 9 Julai di mana polis telah dirakam menyasarkan gas pemedih mata pada pemimpin Pakatan yang telah mencederakan pengawal peribadi Anwar.

Serangan gas pemedih mata yang berlangsung di kawasan sempit boleh membunuh mangsa dan parti dalam Pakatan telah membuat laporan polis terhadap apa yang mereka sifatkan sebagai cubaan membunuh. Tetapi, mereka tidak berjaya. Selain Anwar, presiden PAS Hadi Awang dan penasihat DAP Lim Kit Siang juga berada di kawasan itu dan mendapat sedikit kecederaan.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Mohamad Salleh berkata polis juga akan mengumpul maklumat untuk mendapat gambaran sebenar sekiranya pihak pengajur perhimpunan ada melakukan kesalahan. Penyiasat akan melihat kepada gambaran secara menyeluruh situasi dan akan memperincikan kepada mereka yang meletakkan bahan letupan buatan sendiri itu yang dikatan merupakan bom jangka.

“Pihak polis telah mengumpul bukti dari tempat kejadian dan akan menghantar ia untuk analisis.” Ujar beliau. Polis telah menjumpai serpihan bahan letupan seperti kon plastik, bola bearing, jam dan bateri di tempat kejadian, tambah beliau.

Tian juga mengatakan bahawa tindakan Menteri Kesihatan meletakkan 3 buah ambulan di kompleks mahkamah juga “sangat mencurigakan”.

“dalam 13 tahun ini, selama protes dan perhimpunan dilakukan, kecil atau besar, kerajaan BN dan Kementerian Kesihatan tidak pernah bermurah hati menghantar ambulans untuk tujuan memberi rawatan atau langkah berjaga-jaga. Kenapa Tiong Lai berbuat demikian? Adakah dia sudah tahu senario yang dijangka akan berlaku jika Najib teruskan dengan Pelan A beliau?” Tanya Tian.

Malaysia Chronicle

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular