Pihak polis akhirnya mengakui kebenaran terhadap dakwaan beberapa pelajar SK Seri Pristana yang mengatakan mereka disoal-siasat dalam kontroversi makan di dalam bilik persalinan.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Junaidi Bujang berkata pelajar tersebut "disoal berdasarkan secara temuduga".
"Mereka bukan disoal-siasat," kata beliau menafikan laporan pegawai polis telah mengganggu sesi pembelajaran atau mengganggu dan mengancam para pelajar berkenaan.
Junaidi menambah pihak polis telah diberikan kebenaran oleh pengetua sekolah sebelum memasuki ke dalam sekolah.
"Kami diberikan masa 30 minit untuk menemuduga pelajar."
Temuduga dengan enam pelajar tersebut berjalan di dalam kelas yang telah disediakan oleh pengetua sekolah, menurut Junaidi.
Sebelum ini, Junaidi dilaporkan mengeluarkan kenyataan berbeza apabila menafikan telah menyoal pelajar terbabit.
"Laporan awal menggambarkan polis telah mengganggu dan mengancam pelajar tersebut. Itu yang saya nafikan," kata Junaidi apabila disoal tentang kenyataannya sebelum ini.
Beliau memberi alasan pihak polis tidak mampu untuk menghubungi semua penjaga tersebut untuk meminta kebenaran sekiranya mahu menemuduga.
Dalam sidang media semalam, beberapa penjaga mendakwa anak mereka mengalami trauma selepas disoal pihak polis.
Penjaga kepada pelajar mendakwa sesi temuduga tersebut berjalan tanpa pengetahuan mereka.
Selain itu, mereka juga mendakwa seorang individu tidak dikenali yang diiringi pengetua Mohd Nasir Mohd Noor telah mengambil gambar beberapa pelajar dimana yang dikatakan penjaga mereka bertanggungjawab mendedahkan kontroversi makan di bilik persalinan tersebut.
Insiden tersebut menyebabkan penjaga, V. Kumancan dituduh mengancam pengetua terbabit, namun beliau telah menafikannya.
Kumanca, 31, kemudiaan telah ditahan dan dibebaskan dengan jaminan, namun dijangka akan didakwa atas tuduhan mengancam.
Susulan penahanan tersebut, penjaga kepada sekurang-kurangnya 10 pelajar berkata mereka akan menukarkan anak mereka ke sekolah lain dari Seri Pristana.
Kontroversi menyelebungi warga SK Seri Pristana tercetus selepas Guneswari memuat naik gambar murid bukan Islam di SK Seri Pristana makan di bilik persalinan semasa bulan Ramadan lalu.
Gambar yang disiarkannya di Facebook mengejutkan pengguna internet yang kemudian berkongsi gambar itu, dan akibatnya menyebabkan kekecohan di media sosial.
Ramai yang menyokong sementara ada juga pihak yang mengkritik dan mengugutnya.
Pengguna internet yang memberikan maklum balas negatif kebanyakannya membuat komen berbaur perkauman, meminta Guneswari dan ibu bapa bukan Islam yang lain menghantar anak mereka ke sekolah vernakular jika mereka tidak gembira dengan SK Seri Pristana, sekolah yang terbabit dalam kontroversi itu.
Malah, guru besar Mohamad Nasir diarah mengambil cuti seminggu berikutan kontroversi tersebut. – 28 Ogos, 2013.
Lagi Berita Di SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
No comments:
Post a Comment