Sunday, January 15, 2012

Bagi duit kepada rakyat, bukan hutang – Khalid Ibrahim

ALOR SETAR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim membidas pendekatan Kerajaan Umno BN mengagihkan wang tunai kepada rakyat yang diperolehi daripada hutang.

Menurutnya, sebarang pengagihan wang tunai kepada rakyat seharusnya datang daripada lebihan wang daripada pertumbuhan ekonomi , seperti dilakukan Selangor.

“Kita hanya boleh mengagihkan apabila kita ada pertumbuhan. Prinsip bagi duit kepada rakyat tetapi duit itu datang daripada hutang adalah dua kali beban kepada rakyat.

“Mengagihkan wang tunai kepada rakyat melalui sumber hutang bukanlah pengurusan ekonomi yang baik “Apabila tiada pertumbuhan, kita hanya membahagikan hutang. Inilah pengagihan yang salah, tidak betul.

“Inilah yang dilakukan Kerajaan Persekutuan sehingga berhutang berbilion-bilion ringgit,” kata Khalid Ibrahim sewaktu mengupas Dasar Anti-Monopoli Pakatan Rakyat yang digariskan di bawah gagasan Tawaran Jingga.

Di kala negara berdepan dengan hutang sebanyak RM437 bilion, kerajaan Umno BN masih lagi memberikan pelbagai insentif wang tunai kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan baucer buku.

Ia berbeza dengan kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang yang mengagihkan bantuan kewangan bersifat polisi kepada rakyat hasil daripada belanjawan surplus kerajaan negeri.

Di antaranya adalah pemberian air percuma, elaun tahunan kepada warga emas, insentif kepada bayi yang dilahirkan di Selangor dan peningkatan peruntukan elaun guru KAFA.

Menurut Khalid Ibrahim, rakyat Malaysia perlu menolak pentadbiran Umno BN kerana pengurusan ekonomi mereka mewujudkan golongan yang menikmati manfaat ekonomi monopoli.

“Kita tidak lagi inginkan Umno untuk urus ekonomi Melayu kerana pertama dasar ekonomi Umno wujudkan rent-tier class.

“Penswastaan (yang dibawa Umno juga) tidak boleh menjadi asas ekonomi baru, Kita juga tidak mahu lagi ekonomi berdasarkan politik pengagihan kroni,” kata Khalid.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=25537

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular