Sunday, January 15, 2012

ASET NFC DIBEKUKAN HINGGA TAMAT SIASATAN

Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak mengumumkan kesemua aset Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) dibekukan sehingga siasatan pihak berkuasa berhubung kontroversi yang menyelubungi projek lembu daging itu selesai.
Sehubungan itu, perjalanan projek tersebut akan diawasi oleh Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Noh Omar.

Owh.. Alhamdullilah.. itu merupakan satu cadangan yang baik untuk memudahkan siasatan dijalankan. Tapi kenape baru sekarang nak awasi projek ini, dari dulu ia tidak diawasi ke? sedangakan Muhyiddin Yassin yang ketika itu menjawat Menteri pertanian ketika itu tak pantau dan awasi ke?

Najib juga mengatakan keputusan shahrizat untuk bercuti adalah satu keputusan yang terbaik.

"Ya, saya sudah berbincang dengan Shahrizat. Keputusan (pergi) bercuti adalah keputusan terbaik untuk membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan yang rapi," kata Najib Razak.

Kenapa baru nak bekukan sekarang, kenapa dari awal dulu kes ini dibuka tidak dibekukan?

Mungkin kerana Saudara Rafizi yang mendedahkan perkara ini dari awal lagi semalam telah meminta agar Najib Razak berbuat demikian, dan mungkin Najib Razak mengangap ia adalah satu idea yang baik, dan terima pakai pendapat Rafizi kot…

"Bagi saya, sebagaimana kami telah katakan dari dahulu lagi, kami konsisten dengan pendirian bahawa kerajaan harus membekukan aset NFC sementera siasatan dijalankan, harus menghentikan operasi NFC dan menghentikan sebarang bentuk bayaran dan menghalang NFC daripada membuat sebarang keputusan-keputusan penting.

"Soal Datuk Seri Shahrizat mengambil cuti selama tiga minggu bagi membolehkan siastaan dijalankan, ia adalah perkara kedua, bukan keputusan signfikan," kata Rafizi – Sinar Harian Online.

Shahrizat comfirm cuti tiga minggu eh, bukan berhentikan?
Ye, semalam Shahrizat telah mengumumkan beliau akan mengambil cuti selama seminggu. Dalam kenyataan Shahrizat berkata, "Saya berharap pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dapat menjalankan siasatan sama ada saya terlibat atau tidak di dalam apa-apa keputusan yang dibuat oleh kerajaan mengenai NFC di mana suami saya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail memegang jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif.".


PM: Aset NFC dibeku

KUALA LUMPUR, 14 Jan — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kesemua aset Pusat Fidlot Nasional (NFC) dibekukan, tindakan yang dilihat akan menyelesaikan kontroversi skandal yang menyelubungi projek ternakan lembu berkenaan.

Dipetik Sinar Online, perdana menteri yang dalam lawatan ke Perak turut berkata, dengan keputusan ini, perjalanan projek tersebut akan diawasi oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata beliau telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengenai isu NFC dan keputusan Ketua Wanita Umno itu bercuti adalah “keputusan terbaik”.

“Ya, saya sudah berbincang dengan Shahrizat. Keputusannya bercuti adalah keputusan terbaik untuk membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan yang rapi,” katanya lagi.

Projek itu yang mendapat dana RM250 juta daripada kerajaan diuruskan oleh keluarga Shahrizat dengan suaminya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail yang merupakan pengerusi eksekutif NFC.

Rafizi pada Khamis lalu mendesak kerajaan membekukan aset NFC berikutan terdapatnya dakwaan dan rancangan mencurigakan untuk mengambil alih syarikat National Meat and Livestock Corporation (NLFC) oleh NFC dalam satu Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM) dengan mengeluarkan notis singkat untuk membuat keputusan.

Rafizi percaya tindakan itu adalah satu cubaan untuk menutup jejak dan langkah penyelewengan yang berlaku dalam skandal tersebut. MI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular