Sunday, January 15, 2012

Angkara siapakah menggondolkan hutan simpan ini?

Pihak berkuasa digesa tidak memejamkan mata terhadap aktiviti pembalakan yang berlaku di Hutan Simpan Kekal Kemasul yang begitu rancak pada masa ini, sebelum berlaku malapetaka akibat kerakusan.

Hutan simpan tersebut boleh dituju melalui simpang Felda Bukit Mendi menghala ke jalan keluar menuju Karak dan Kuala Pilah.

Hutan simpan tersebut merupakan kawasan tadahan air juga sumber air bagi daerah Bera dan Bentong melalui Sungai Triang, yang bersempadan dengan Negeri Sembilan.

Menurut pengadu, sudah tiga bulan aktiviti pembalakan dan dapat disaksikan dengan jelas kawasan hutan yang telah digondolkan.

Katanya, ada kemungkinan lori yang membawa kayu balak keluar mengikut Pasoh di Negeri Sembilan dan ada juga yang keluar mengikut jalan Felda Bukit Mendi.

Berdasarkan aktiviti penggondolan yang boleh disaksikan dengan jelas, mustahil pihak berkuasa tidak tahu. Jika ada lesen iaitu proses untuk menghalalkan pembalakan, siapa pula yang meluluskannya?

Sejak beberapa bulan lalu penduduk telah mengadu air Sungai Triang begitu keruh akibat pembalakan di kawasan ulunya.

Namun yang lebih ditakuti ialah akan berlaku krisis bekalan air di sini, seperti yang berlaku kepada empangan Sungai Langat akibat aktiviti yang sama.

Dua gambar teratas menunjukkan kawasan Hutan Simpan Kemasul yang telah gondol. Gambar bawah ialah kongsi dan matau pembalakan.

Pihak berkuasa diminta bertindak segera sebelum terlambat. Jika tidak kehidupan generasi akan datang terus terancam menghadapi kepupusan sumber air! - SUMBER

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular