Sunday, January 15, 2012

Anwar Ibrahim Sekali Lagi Ajak Najib Debat.


Dulukan Anwar pernah ajak Najib debat, tapi dia hantar orang lain pulak. Najib Razak tak berani kot… Dalam kaca tv je dia berani, berani untuk memberi ceramah, tapi takut untuk berdebat.


Bukan nak puji Anwar Ibrahim tapi dia dah buktikan yang dia berani berdebat, dan rasanya kalau lah Malaysia ini sebuah negara yang betul2 megamalkan konsep demokrasi, kedua dua pihak berhak untuk muncul di stesyen Tv tempatan dan mengeluarkan hujah dan pendapat masing masing tampa di edit, baru seronok, baru rakyat dapat lihat apa yang sebenarnya berlaku.
Ini tidak, kalau RTM dah memihak kepada Kerajaan, Buletin Utama pun sama, kaca tv mana lagi yang ada tempat untuk pembangkang bersuara? semua memihak kepada kerajaan, masing masing ada kepentingan masing masing.

Kalau Najib sahut cabaran Anwar untuk berdebat, tak masuk tv pun takpe rasanya, buat online streaming pun rakyat dah syukur rasanya, sebab dapat lihat pemimpin mana yang lebih baik dan elok, banyak penilaian boleh dibuat dan kita boleh lihat dengan jelas cara pemimpin kita berfikir dan berhujah.

Anwar Ibrahim Sekali Lagi Ajak Najib Debat.

14 Januari 2012, Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi cabarannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk debat secara terbuka mengenai dasar-dasar kerajaan pimpinannya.

Beliau memandang serius perkara itu kerana ia akan membolehkan rakyat membuat penilaian terhadap pertembungan dua sistem yang wujud di negara ini antara Umno dan Barisan Nasional serta Pakatan Rakyat (PR).

"Jika benar Najib ikhlas dan jujur ketika memperkatakan sebelum ini bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi terbaik di dunia, jadi, kita nak tahu huraiannya," katanya Anwar.

Kata Anwar Ibrahim lagi, "Najib kena pastikan media Malaysia tidak menjadi seperti media di Mesir pada zaman Hosni Mubarak dengan memberi ruang yang cukup kepada pembangkang. "Kerajaan juga mesti memastikan institusi pemerintahan seperti badan kehakiman, badan penguatkuasaan, polis, pecegahan rasuah dan jentera kerajaan lain telus dan profesional ketika menjalankan tugas,".

Anwar yang juga Ketua Umum PR mempelawa Najib berdebat dengan beliau Oktober tahun lalu, tapi tiada apa yang terjadi, senyap je, harap harap kali ini Najib dengan Jantanya meyahut cabaran Anwar, kalau nak bawak hajah mah pun takpe, 2 lawan 1 ok gak kot, teringin juga nak lihat Hajah Rosmah berdebat.
Najib Razak Bedebat Dengan Anwar Ibrahim.
Najib Berani ke? Pong Pang je Lebih..
Kalau TUN M. Aku caya, dia berani..
Tapi kalau Najib, Takut nanti dia ajak Bik Mama teman sekali je... kikikiki... - Really3Line

Kah3... Berguling beb aku dengar Najib Razak Cakap Kerajaan Malaysia Boleh Bankrap kerana turunkan Harga Minyak!
Apa ek dia rasa bila cakap macam ni, sedangkan dia tahu apa yang dia cakap tu tidak benar...
Adeh~~~ jib2...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular