KUALA LUMPUR: Seorang bapa kesal apabila anaknya yang masih bersekolah diperalat trio ‘Datuk T’ yang mengupah mereka sebagai penyokong sewaktu muncul di Kompleks Mahkamah Jalan Duta Jumaat lalu.
Hal itu didedahkan Suhaimi Ali, 47, bapa kepada pelajar berusia 17 tahun yang mendapat tahu anaknya diupah RM50 untuk ‘bekerja’ selama tiga jam pada hari berkenaan.
Beliau yang menetap di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Wahyu, Jalan Kuching di sini, dimaklumkan anaknya, kira-kira 30 pelajar sekolah lain turut ditawar RM50 atas tujuan sama.
Berdasarkan penerangan Faisal, Shuhaimi berkata, pelajar tidak dimaklumkan bentuk kerja yang akan dilakukan, sebaliknya diminta menaiki bas.
“Anak saya cuma sekadar ikut kawan yang mengajaknya bekerja,” katanya yang enggan membuat laporan polis kerana bimbang dimanipulasi pihak tertentu.
Suhaimi membuat pendedahan itu kerana risau pihak sama akan memperalat pelajar sekolah lain untuk berdemo menentang Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.
“Saya takut 9 Julai nanti, mereka akan guna taktik sama untuk peralat pelajar lain,” katanya. KD
No comments:
Post a Comment