Monday, June 27, 2011

Kominis pulak dahhh...

Oleh: Mid Panah

Jenuh UMNO Be End pulas pusing pemikiran rakyat supaya jangan hadir Himpunan Bersih 2.0 yang dijangka akan menghimpunkan setengah juta rakyat Malaysia. Antara tuduhan yang dibuat supaya rakyat Malaysia 'hilang selera' untuk hadirinya ialah, kununnya Bersih:

1. Dikuasai puak Hindu anti Islam


2. Dikuasai puak yang mahu murtadkan umat Islam.


3. Dikuasai ekstrimis Cina yang mahu hancurkan orang Melayu.


4. Mahu alih isu liwat dan video sex yang dikaitkan dengan Anwar.


5. Mahu porak porandakan negara.


Macam-macam lagilah tuduhan yang dibuat tapi satu pun rakyat 'tak makan', hanya puak-puak yang pikiaq guna pungkok saja yang telan cakap depa. Namun begitu mereka tak putus asa sebagaimana Iblis yang tak pernah putus asa untuk menyesatkan manusia.


Sebab semua manusia yang berfikiran waras tahu bahawa himpunan Bersih hanya perhimpunan aman, santai, berjalan-jalan di Kuala Lumpur untuk mempamerkan kesatuan rakyat dalam menuntut sebuah demokrasi yang adil. Itu saja. 


Tak dak sapa pun dari kalangan peserta Bersih yang nak pi buat kacau. Selalu yang buat kacau ialah pihak polis.. tembak gas, tembak air kimia. Kalau polis tak buat kacau semua jadi aman. 


Dekat Turki rakyat berhimpun sejuta lebih sambut kepulangan PM Erdogan yang berdebat lawan pemimpin Israel (kawan kepada APCO penasihat Umno), tak dak luka sekog pun, mati jauh sekali.


Apabila semua tuduhan yang dibuat terhadap Bersih rakyat 'tak makan' maka UMCO pun jadi gelabak, panic. Pagi-pagi buta Mid belek surat khabaq, tengok tajuk Utusan Meloya 'Usaha Hidupkan Komunis'... Pulak Dahhh, satu lagi idea merapu meraban untuk burukkan Bersih. 


Tapi ingat rakyat Malaysia dah makin cerdik, takkan selama-lamanya nak makan propaganda hangpa. Sekali, lagi hanya orang yang pikiaq pakai pungkok yang akan percaya cerita merapu meraban hangpa. - kedahla

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular