Tuesday, May 17, 2011

Zambry sekali lagi merayu ??

WarkahDaily – Zambry mula rasai dirinya tidak diterima kebanyakan dalam Umno-BN akhir-akhir ini sambil cuba menenangkan keadaan yang dilihat sebelum ini amat keruh berkaitan perebutan kerusi di Perak dalam PRU ke-13 nanti.


Mungkin kerana bimbang calon yang bakal diketengahkan pada pilihanraya umum (PRU) ke-13 nanti akan disabotaj dan tidak diterima beberapa kumpulan dalam Barisan Nasional (BN) yang dilihat telah mula melobi orang kuat masing-masing untuk disenaraikan sebagai calon, pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (gambar) dilaporkan sekali lagi merayu agar calon yang diumumkan nanti akan diterima dengan adanya tanpa prejudis.


Dengan menggunakan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku pengerusi BN, Zambry dilihat beriya mahu kumpulan tertentu dalam BN agar menghormati keputusan (penyenaraian calon) yang akan dibuat.

Beliau meminta ahlinya termasuk parti komponen, akur dengan senarai calon yang bakal diumumkan Najib Tun Abdul Razak bagi menghadapi PRU nanti.

Zambry yang juga ketua UMNO Lumut berkata, semua ahli perlu menghormati dan memberi sepenuh kepercayaan kepada Najib.

Sambil memberi alasan, tidak ada guna meletakkan calon selepas begitu banyak melobi, akhirnya kalah kepada Pakatan Rakyat (PR).

“Kerana itu saya harap semua ahli BN yakin dan percaya dengan keputusan yang dibuat pucuk pimpinan kita bagi menghadapi PRU ke-13 nanti,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lumut, di Manjung, Perak baru-baru ini.

Sebelum itu, Zambry pernah membuat rayuan kepada ahli-ahli BN termasuk kumpulan tertentu dan parti komponen agar menerima siapa sahaja yang bakal dicalonkan dan tidak mensabotaj calon yang diketengahkan.

Artikel yang berkaitan:


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular