IPOH, 19 Mei (Bernama) — Persatuan Waris Kerabat Negeri Perak (PWKNP) pada Khamis meminta Raja Noor Jan Shah Raja Tuah supaya berhenti daripada membuat dakwaan bahawa beliau adalah pewaris Kesultanan Melaka dan Perak kerana dakwaan yang dibuat tidak berasas sama sekali.
Setiausaha Kehormat PWKNP Raja Omar Ikram Raja Abdullah Omar berkata PWKNP telah menjalankan siasatan dan kajian berhubung salasilah (nasab) Sultan Perak ke-22 Sultan Abdullah Mohamad (1851-1857) dan didapati Raja Noor Jan tiada dalam salasilah berkenaan.
“Ternyata beliau bukan seorang anak raja atau waris…kalau waris sah tuntut lain lah tetapi ini dari orang yang tidak ada kena mengena langsung,” katanya pada sidang akhbar di sebuah hotel di sini pada Khamis.
Raja Omar Ikram berkata PWKNP membuat sidang akhbar itu bagi memberi penjelasan kepada semua pihak terutama mereka yang keliru kerana dakwaan yang dibuat Raja Noor Jan sejak tahun 2006 adalah penipuan dan pemalsuan fakta.
Beliau berkata awal bulan ini sebuah rangkaian televisyen telah menyiarkan lagi dakwaan Raja Noor Jan sebagai waris Kesultanan Melaka dan mendakwa sebagai bakal Sultan Perak ke-35.
“Kami rasa terhina dan gusar dengan tuntutan oleh Raja Noor Jan dan tidak mahu dipersendakan…(Kesultanan) Perak mempunyai sistemnya sendiri bagi mewarisi kesultanan iaitu Raja Muda, Raja Di Hilir dan diikuti raja-raja bergelar…bagaimana seseorang mahu menjadi Sultan tanpa melalui proses itu,” katanya.
Mengenai dakwaan Raja Noor Jan bahawa beliau waris Sultan Perak ke-22 melalui anakandanya Raja Alang Abdul Rahman, Raja Omar Ikram berkata Raja Alang Abdul Rahman tidak wujud tetapi ada anakanda Sultan Perak ke-22 yang bernama Raja Pandak Abdul Rahman.
Beliau berkata waris dan kerabat Raja Pandak Abdul Rahman boleh dinasabkan hingga kini dan keturunannya turut menjadi anggota PWKNP yang mempunyai kira-kira 400 anggota selepas ditubuhkan tahun lepas.
“Kami mempunyai biro nasab dan telah menyiasat saudara mara Raja Noor Jan yang terdapat di Kampung Raja dan Kampung Teluk Perang di Parit, Perak dan mereka mengakui bukan keturunan raja…kami yakin Raja Noor Jan telah memutar belit salasilah Sultan Abdullah bagi mengukuhkan dakwaannya,” katanya.
Ditanya sama ada PWKNP akan membuat laporan polis terhadap Raja Noor Jan, beliau berkata ia akan dipertimbangkan jika Raja Noor Jan masih meneruskan dakwaan.
Raja Omar Ikram berkata salasilah Sultan Abdullah Mohammad 1 juga boleh dilihat daripada buku “A History of Perak” karangan R.O. Winstedt dan R.J. Wilkinson yang ditulis pada 1934 dan tiada dicatatkan Raja Alang Abdul Rahman sebagai seorang daripada anakandanya.
Raja Omar Ikram berkata Raja Noor Jan dipercayai telah membuat tuntutan dengan menulis surat kepada beberapa pihak dan beliau berharap dengan penjelasan oleh PWKNP, semua pihak terbabit tidak lagi memberi layanan kepada Raja Noor Jan.- YTS
Raja Noor Jan pertahan dia waris Sultan Melaka, Perak
Raja Noor Jan Shah Raja Tuah mempertahankan kedudukannya sebagai pewaris kesultanan Melaka dan Perak yang datang daripada keturunan Raja Alang Abdul Rahman sekaligus menolak kenyataan Persatuan Waris Kerabat Negeri Perak (PWKNP) semalam bahawa Sultan Abdullah Muhammad I tidak mempunyai anak bernama Raja Alang Abdul Rahman.
Raja Noor Jan Shah berkata bahawa dalam buku "Tempat-Tempat Bersejarah Perak" yang ditulis oleh NA Halim dan diterbitkan oleh Jabatan Muzium pada 1981, Sultan Abdullah Muhammad I merupakan Sultan Perak ke-22 yang dilantik pada 1851.
Beliau berkata dalam muka surat 55 buku itu ada dicatatkan bahawa Sultan Abdullah Muhammad I beristerikan Raja Sharifah Ngah Aminah binti Raja Alang Rawin dan mempunyai anakanda Raja Loh Yusof (Sultan Yusof Shariffuddin Muzzafar Shah), Raja Sulaiman (mangkat di Ligor), Raja Pandak Abdul Rahman dan Raja Pandak Budak Rasul.
"Bagaimanapun terdapat kesilapan fakta pada buku itu kerana Raja Pandak Abdul Rahman sepatutnya ialah Raja Alang Abdul Rahman kerana dalam panggilan keluarga di Perak, anak ketiga adalah Alang dan tidak mungkin dalam satu keluarga ada dua orang yang bergelar Pandak," kata Raja Noor Jan Shah kepada Bernama.
Raja Noor Jan Shah berkata tujuan beliau menyatakan perkara itu bukanlah untuk menegakkan benang basah tetapi semata-mata untuk menyatakan fakta seperti yang tercatat dalam salasilah Kesultanan Perak.
Semalam PWKNP meminta Raja Noor Jan Shah menghentikan dakwaan kononnya beliau merupakan pewaris kesultanan Melaka dan Perak.
Yang Dipertua PWKNP Raja Rozlan Raja Yaacob berkata bahawa dakwaan Raja Noor Jan Shah tidak benar sama sekali kerana buku-buku sejarah termasuk yang ditulis pada zaman penjajahan British menunjukkan Raja Abdullah Muhammad I tidak mempunyai anak bernama Raja Alang Abdul Rahman dan tidak wujud dalam salasilah Kesultanan Perak.
Pada 13 Nov 2005, Raja Noor Jan Shah mengaku dirinya sebagai waris Sultan Perak ke-22 melalui anakanda baginda Raja Alang Abdul Rahman.
- MK

Sarjan Tulang · Top Commenter
kahkahkah....kalau ini benar, takkan Sultan Perak sekarang ni bukan Sultan sebenar? hahaha...
makin parah malaysia ni....pelik2 cerita....hollywood pun tak leh buat...hahaha...
lepas ni apa pulak? hahahaha
makin parah malaysia ni....pelik2 cerita....hollywood pun tak leh buat...hahaha...
lepas ni apa pulak? hahahaha
No comments:
Post a Comment