Wednesday, May 18, 2011

[GEMPAR] 168 Keluarga Minum Air Mayat Mangsa Pembunuhan



Mayat seorang gadis dipercayai warganegara Indonesia ditemukan di dalam sebuah tangki air telah mencemari sumber air penduduk yang tinggal di pangsapuri HDB, Woodlands, Singapura, lapor AsiaOne.

Mayat tersebut ditemukan oleh orang ramai pada pagi Isnin di tangki air Blok 686B. Menurut sumber polis, kesan darah turut terdapat di dalam tangki air sedalam dua meter itu.

Identiti mayat masih belum diketahui, namun gadis malang tersebut dipercayai berusia 20 tahun dan bekerja sebagai pembantu rumah di republik itu.

Menurut The Strait Times, seorang lelaki warganegara Bangladesh berusia 27 tahun telah ditahan berkaitan dengan kes itu. Lelaki tersebut dan mangsa dipercayai mempunyai hubungan cinta. Punca kematian masih lagi belum dikenal pasti.

P/s: Yang membuatkan saya rasa mahu termuntah apabila media mendakwa 700 orang yang tinggal di blok itu berkemungkinan minum air mayat gadis itu sebelum mayatnya dibawa keluar dari tangki air lokasi mayatnya ditemukan. Yaaahhhhhrrrkkkkk! duniacacamarba

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular