Wednesday, May 18, 2011

Presiden TI-M sahkan tiada ikrar PM Kristian, agama rasmi ganti Islam

Ketua badan pemantau rasuah Malaysia - Transparency International - Paul Low menafikan terdapat sebarang pakatan untuk menjadikan Kristian agama rasmi persekutuan pada jamuan makan malam yang dihadiri paderi-paderi dua minggu lalu.


NONELow yang juga hadir sebagai tetamu jemputan pada majlis 5 Mei di Pulau Pinang itu berkata beliau sempat menyaksikan keseluruhan majlis itu dan ia bukan seperti apa yang dilaporkan oleh dua penulis blog dan akhbar Utusan Malaysia.


"Saya secara kategori mengesahkan tiada pakatan atau ikrar bagi menjadikan Kristian agama rasmi atau melantik seorang perdana menteri Kristian pada petang 5 Mei ataupun pada bila-bila masa semasa persidangan itu.

"Saya belum diminta memberi sebarang kenyataan kepada polis semasa siasatan tetapi sudi berbuat demikian jika diminta,” katanya ketika membacakan kenyataan medianya di ibupejabat TI di Kuala Lumpur pagi ini.

utusan malaysia kritsian agama rasmiLaporan itu pertama kali muncul apabila dua penulis blog berdasarkan sekeping gambar yang agak kabur mendakwa majlis makan malam itu dianjurkan dengan hadirinnya berikrar untuk melucutkan Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

Laporan itu disiarkan semula oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysiapada keesokannya.

Seorang anggota DAP yang mengiringi ahli parlimen Jelutong Jeff Ooi, kemudiannya membuat laporan polis dan mengakui bahawa beliau yang merakamkan gambar yang disiarkan di blog pro-Umno itu. MK 

Respon :


Hanisah Halim ·  Top Commenter · UITM
Semua ini adalah propaganda, TPM sendiri menagku terdapat masalah didlm UMNO, ISU agama hanya gimik untuk menarik ALHI PAS DAN PKR kepada BN. NO WAY! RAKYAT setia bersama PAS dan PKR.

  • Azlan Abdol Gani ·  Top Commenter · Kuli at Kerajaan Malaysia
    Hanisah, bagus komen anda tu. Kenapa perlu anda beratkan kepala pasal politik ni. Kalah atau menang, orang politik yang untung. rakyat biasa terus kena hidup sendiri. Mungkin anda bercita-cita nak jd politican tp habiskan study dulu. Masa mengundi nanti pilih mana yang kita suka.

  • Azizudin Shaari · Senior Engineer at Celestica
    Sebab Hanisah ahu yg hala tuju politik la aku menentukan nasib masa depan kita... kalau semua org dgn hal masing2 dan org politik dgn hal masing2 musnah sistem itu sendiri

  • Hanisah Halim ·  Top Commenter · UITM
    Azlan Abdol Gani : Terima Kasih, Saya sanggup beratkan kepala sebab sedih melihat kerajaan skarang yang Zalim dan gagal dalam melaksanakan undang2 yang adil tanpa berat sebelah. :)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular