Tuesday, May 17, 2011

RON95: Zahid juga minta k'jaan kaji beban rakyat

NONE
Kerajaan diminta menjalankan kajian secara mendalam sebelum membuat keputusan menaikkan harga petrol RON95, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.



Beliau berkata kerajaan perlu mencari satu mekanisme lain bagi menjimatkan pemberian subsidi untuk bahan bakar itu.

"Saya percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai mekanisme lain yang boleh digunakan bagi menampung subsidi dan kenaikan harga minyak tersebut.
"Kerajaan juga boleh menggunakan pelbagai sumber cukai untuk menampung subsidi tersebut," katanya kepada pemberita selepas menutup program gotong-royong Perdana Mukim Bangau anjuran bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Sungai Gau dan Angkatan Tentera Malaysia di sini hari ini.

Turut hadir Anggota Parlimen Temerloh Datuk Saifuddin Abdullah, yang juga timbalan menteri pengajian tinggi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaluddin semalam yang meminta kerajaan tidak menaikkan harga petrol RON95 bagi menjamin kebajikan rakyat. ( Baca Di SINI )

"Bagaimanapun, kerajaan dalam keadaan serba salah jika harga minyak tidak dinaikkan, kerana ia akan meningkatkan defisit kerajaan," katanya yang bersetuju kenaikan RON95 membebankan rakyat kerana harga barangan lain akan turut meningkat.

Mengenai program gotong royong itu, beliau berkata program 'tentera masuk kampung' akan diteruskan bagi meningkatkan hubungan baik antara rakyat dan tentera.

Ahmad Zahid berkata program sedemikian sebenarnya telah dilaksanakan sejak sekian lama dan dilihat memberi banyak manafaat kepada semua pihak.

Di majlis itu, beliau menyampaikan sumbangan peribadi berjumlah RM20,000 kepada Masjid kampung Sungai Gau.

- Mk

Respon :


Faaizal Nizam · Politeknik merlimau melaka
x habis2 nak buat gimit, nak rayu undi kesian ah tu......... org dah tau pepehal harga akan naik gak...... x yah dok drama lah, 2 kaedah lama dah tu.

  • Salehudin Hanafi ·  Top Commenter · SMKSS
    cakap zahid ni untuk buat sedap telinga rakyat saja......hasilnya HAMPEH.....!!!!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular