DAP hari ini mengesahkan bahawa ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tetap kekal sebagai ketua pembangkang meskipun telah diarahkan untuk membela dirinya dalam perbicaraan liwat II.
“Kami tidak akan menggantikan ketua pembangkang selagi beliau tetap adalah MP,” kata setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, selepas merasmikan Festival Georgetown di Kuala Lumpur hari ini.
Lim berkata demikian ketika ditanya wartawan sama ada keputusan mahkamah yang mendapati kes prima facie ke atas Anwar yang didakwa meliwat pembantunya, Saiful Bukhari Azlan akan menjejaskan Pakatan Rakyat.
"Kita masih kuat dan akan meneruskan agenda pembaharuan,” katanya.
Perbicaraan hampir pasti menjejaskan Anwar, yang partinya kini pada tahap terendah sejak kejayaan cemerlang pada pilihan raya umum Mac 2008.
Selepas beberapa siri paling tadah, PKR kini hanya mempunyai 23 kerusi di Dewan Rakyat, - jumlah yang sama dengan PAS manakala DAP memiliki 29 kerusi.
Bagaimanapun Lim enggan mendedahkan sama ada Pakatan mempunyai “Rancangan B” sekiranya Anwar didapati bersalah.
Lim juga cuba mengelakkan diri daripada menjawap soalan sama ada kes prima facie ke atas Anwar telah menyebabkan kesan negatif kepada pembangkang.
"Kami masih tidak tahu bahawa ia impak positif atau negatif. Lagi ditindas, lagi tinggi menukar sesuatu krisis kepada peluang. Ia tidak semestinya negatif. - MK
Respon :
”
Hanisah Halim · Top Commenter · UITM
Jika Anwar dipenjara, ADA BERIBU-RIBU AHLI PAKATAN RAKYAT yang mampu memperjuangkan PR, Bagi mengubah kerajaan yang zalim, diktator, berat-sebelah, dll, PAS ada bersama PR.
26 · Suka · Balas · Langgan · 2 hours ago
No comments:
Post a Comment