Saturday, May 21, 2011

Kerajaan Selangor Beri Bantuan Segera Kepada Mangsa dan Keluarga Kejadian Tanah Runtuh di Hulu Langat

Dato' Menteri Besar, Tan Sri Dato Seri Abdul Khalid Ibrahim serta barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengucapkan takziah kepada keluarga kepada kanak-kanak yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Madrasah Al Taqwa Felda Semungkis, Hulu Langat.


Kerajaan Negeri telah menghantar Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor serta Yayasan Amal ke tempat kejadian untuk memberi bantuan segera kepada mangsa yang terselamat dan ahli keluarga mereka.


Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI akan membiayai kos keperluan kepada mereka yang terselamat dalam bencana alam ini serta petugas-petugas yang bertungkus lumus menjalankan misi mencari dan menyelamat.

Dato’ Menteri Besar akan menyumbangkan RM1,000 kepada setiap keluarga yang anak mereka terkorban dalam kejadian ini sebagai tanda prihatin dengan nasib malang yang tidak dijangka ini.

Dato’ Menteri Besar telah mengarahkan Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk memastikan kebajikan mereka yang terselamat dijaga.

Buat sementara waktu, Kerajaan Negeri menyediakan penempatan sementara kepada penghuni madrasah dan ahli keluarga mereka yang terlibat di Azwin Resort sehingga misi penyelamat dan mencari mangsa selesai dijalankan.

Dato’ Menteri Besar menasihatkan keluarga mangsa-mangsa terlibat supaya bersabar dan redha dengan kejadian ini. Semoga roh mangsa yang terkorban di tempatkan bersama orang-orang beriman. Al-Fatihah.

SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Tanah Runtuh: Kerajaan Selangor Peruntuk Bantuan Segera RM50,000


KAJANG: Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan peruntukan segera sejumlah RM50,000 bagi membantu tragedi tanah runtuh membabitkan Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Hulu Langat.
Pengerusi Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor, Rodziah Ismail berkata sebanyak RM20,000 diperuntukan bagi kegunaan pengurusan jenazah.
"Sementara itu sebanyak RM30,000 diperuntukan untuk kegunaan usaha mencari mangsa dan menyelamat yang masih tertimbus," katanya ketikaditemui media di sini malam Sabtu. - MStar


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular