Thursday, May 19, 2011

Antara Dua Darjat

WarkahDaily – Rakyat Malaysia bukan semuanya kaya bahkan yang miskin lagi ramai dari yang kaya. Yang miskin pulak, bukan semua cukup-cukup makan, ada yang terpaksa ikat perut kerana mahu menyara hidup keluarga. Nak bayar yuran sekolah anak-anak, anak masuk universiti, nak beli susu anak dan keperluan makanan harian mereka termasuklah gula, beras, susu dan sebagainya.

Banglo kontroversi milik bekas MB Selangor yang juga pemimpin Umno Selangor, Khir Toyo.

Banglo ini dikatakan milik salah seorang pemimpin Umno Terengganu.

Ini pulak banglo mewah milik anak Tun M iaitu Mukhriz Mahathir. Juga pemimpin Umno.

Salah satu banglo milik pemimpin BN Sarawak, Taib Mahmud yang dikatakan mempunyai banyak hartanah dalam dan luar negara.


Dalam keadaan semua harga barangan bakal melambung naik selepas kerajaan dikatakan tidak lagi sanggup menanggung beban subsidi yang semakin melonjak naik.



Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyuarakan akan ketidak sediaan kerajaan menanggung beban kos subsidi yang semakin naik daripada RM10.32 bilion tahun lalu kepada RM20.58 bilion pada 2011.



Kelmarin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta rakyat Malaysia bersedia kemungkinan harga petrol RON95 berlaku kenaikan.



Menurut Ismail Sabri, ia mengambil kira kajian berkaitan subsidi harga petrol berkenaan yang dijangka akan dibuat sekali lagi bulan depan.



Jadi, tidak mustahil, harga petrol RON95 bakal berlaku kenaikan. Padahal tiga hari lalu, Ismail berkata, kerajaan memberi jaminan bahawa harga minyak petrol RON95 tidak akan dinaikkan buat masa ini.



Tanpa mengambil kira kehidupan rakyat yang terdesak dan kesempitan hidup yang melanda isi rumah yang mempunyai pelbagai latar belakang dan sosio ekonomi yang tidak menyebelahi mereka, kerajaan BN dilihat hanya memandang kepada keperitan kerajaan menanggung subsidi walaupun rakyat sendiri berhadapan krisis ekonomi yang meruncing.



Dah nama kerajaan kepada rakyat, sudah tentu kena jaga kebajikan rakyat melebihi yang lain.



Jika terdesak sangat sehingga tidak sanggup nak tanggung beban kos subsidi, kenapa hanya rakyat yang perlu hadapi kenaikan harga barangan dan petrol.



Kenapa tidak aje setiap pemimpin negara termasuk seluruh menteri kabinet mengambil inisiatif menyumbang beberapa peratus gaji mereka yang menjangkau puluhan ribu termasuk elaun yang mereka perolehi kepada tabung kebajikan rakyat demi gagasan 1Malaysia Najib yang didakwa mendahulukan rakyat. Jadi perlulah realisasikan gagasan berkenaan dengan perbuatan. Jangan main cakap aje mendahulukan rakyat tetapi bila berlaku kenaikan barangan, hanya rakyat sahaja yang perlu menghadapinya, para pemimpin terus dengan kemewahan dan kelengkapan yang serba lengkap dan sebagainya.


Alangkah berbezanya kehidupan rakyat yang dipinta berkorban demi negara oleh pemimpin BN.

Ada ke pemimpin BN pi tengok keluarga ini ketika sibuk cakap kerajaan tak mampu tanggung beban subsidi?

Inilah hasil selama mana BN memerintah negara ini sejak merdeka.


Seperti di luar negara, para pemimpin mereka ada yang prihatin dengan rakyat sehingga sanggup membuat potongan gaji mereka demi menanggung beban kewangan bersama rakyat mereka. Malaysia bila? Pernah kedengaran sebelum ini hanya kenaikan gaji dan elaun bagi menteri kabinet sahaja. Rakyat terus terhimpit.



Yang pemimpin BN tahu buat ialah, menaikkan harga barang bila kos subsidi meningkat. Itu cara orang yang mati akal tanpa mencari alternatif lain yang boleh diambil demi menanggung beban bersama.



Alasan kos subsidi meningkat selalu digunakan kerajaan BN apabila mahu mencekik darah rakyat. Walhal para pemimpin BN hidup mereka terlampau dibuai kemewahan hasil wang negara kepunyaan rakyat.



Cuba tanya setiap pemimpin BN, berapa biji banglo yang mereka punyai, berapa biji kereta mewah mereka ada, berapa kali dalam sebulan pergi melancong ke luar negara, berapa ribu ringgit perbelanjaan peribadi mereka dalam sebulan untuk aksesori peribadi termasuk untuk isteri dan anak-anak.



Mana suara mendahului rakyat? Kenapa hanya rakyat yang perlu berhadapan beban subsidi, malahan para pemimpin terus bermewah dengan gaya hidup masing-masing tanpa batasan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular