Tidak ada tindakan yang boleh diambil terhadap presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berhubung amarannya terhadap masyarakat Kristian kerana kenyataan seumpama itu kini sudah menjadi satu norma di Malaysia, kata menteri undang-undang, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.
Tegasnya, walaupun jika kenyataan sedemikian tidak disenangi, tetapi rakyat "perlu hidup" dan "jadi matang" dalam menangani watak-watak seperti Ibrahim dan yang seumpamanya, memandangkan platform sosial dan media seperti Twitter dan blog, turut menyiarkan kenyataan seperti itu yang melangkaui keupayaan kerajaan untuk mencegahnya - atau menghukum - mereka.
"Adalah sukar untuk bertindak terhadap Ibrahim sekarang
dengan adanya Twitter dan blog... kerana kita tidak boleh memilih dalam membuat membuat pendakwaan," katanya kepada Malaysiakiniketika dihubungi hari ini.
Ibrahim telah mencetuskan kemarahan awam apabila mengeluarkan kata dua kepada "orang Kristian yang tidak mengenang budi" sekiranya mereka meneruskan dakwaan rancangan yang menjejaskan kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan.
Nazri berkata pengguna Twitter dan penulis blog juga telah melakukan kesalahan membuat kenyataan yang dianggap sensitif terhadap kumpulan lain.
"Jika saya mengambil tindakan sekrang (terhadap Ibrahim), saya mesti berbuat demikian terhadap semua blog dan mereka (yang membuat komen yang sama) dalam Twitter," kata Nazri.
Itu, tambahnya, akan merupakan satu tugas yang sukar kerana kerajaan akan dituduh mengekang kebebasan bersuara. - MK
Respon :
Azman Abu Bakar · Top Commenter
Lawak giler.. teringat aku kat mamat OKU dari kerinchi bulan lepas.... haha
"walaupun jika kenyataan sedemikian tidak disenangi, tetapi rakyat "perlu hidup" dan "jadi matang" dalam menangani watak-watak seperti Ibrahim dan yang seumpamanya".
mati kalau mat sabu yg buat statement cam ibrahim ali... sure kemunting panggil mari2.
"walaupun jika kenyataan sedemikian tidak disenangi, tetapi rakyat "perlu hidup" dan "jadi matang" dalam menangani watak-watak seperti Ibrahim dan yang seumpamanya".
mati kalau mat sabu yg buat statement cam ibrahim ali... sure kemunting panggil mari2.
78 · Suka · Balas · Langgan · 3 hours ago
No comments:
Post a Comment