Saturday, May 21, 2011

Macho Man terbunuh dalam kemalangan jalan raya

ST PETERSBURG: Ahli gusti profesional Amerika Syarikat yang terkenal dengan gelaran "Macho Man" Randy Savage, 58, maut dalam kemalangan jalan raya semalam berdekatan rumahnya di Seminole, Florida, menurut Polis Lebuh Raya Florida.


Bekas juara itu yang dikenali dengan suara gurau, pakaian berwarna-warni dan laungan "oooh, yeah" dikatakan hilang kawalan ketika memandu Jeep Wrangler 2009 pada kira-kira jam 9.25 pagi waktu tempatan, kata pegawai penyiasat kemalangan.



Beliau merempuh pembahagi jalan konkrit dari arah bertentangan sebelum melanggar pokok dan maut akibat kecederaan di hospital berdekatan. - REUTERS

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular