KUALA LUMPUR, 18 Mei - Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) hari ini bagi menjalani rawatan jangkitan pada dada beliau.
Mantan Perdana Menteri itu dimasukan ke wad biasa kira-kira 6 pagi selepas mengadu demam dan batuk sejak dua hari lalu.
“Dr Mahathir kini menjalani rawatan antibiotik dalam saluran darah dan fisioterapi dada,” kata pembantunya Sufi Yusoff dalam satu kenyataan.
Dr Mahathir, 85, yang juga Presiden Yayasan Keamanan Global Perdana dijangka berada di IJN kira-kira seminggu.
Sufi berkata doktor menasihati Dr Mahathir agar tidak menerima sebarang pelawat kecuali ahli keluarga terdekat beliau.
No comments:
Post a Comment