Friday, May 20, 2011

Saman royalti minyak: Mahkamah dengar rayuan kerajaan Kelantan 26 Mei

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan menetapkan 26 Mei ini untuk mendengar rayuan kerajaan negeri Kelantan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan kerajaan persekutuan menjadi pencelah dalam samannya ke atas Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) berhubung royalti minyak. 



Mahkamah Rayuan akan turut mendengar satu lagi rayuan oleh kerajaan negeri berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang tidak membenarkan permohonan bagi kes saman itu dipindahkan semula ke Mahkamah Komersial Baru (NCC).


"Mahkamah Tinggi menetapkan 30 Mei untuk pengurusan kes saman itu sementara menunggu keputusan rayuan," kata peguam, Rishwant Singh yang mewakili PETRONAS selepas menemui Hakim Mahkamah Tinggi, Datin Zabariah Mohd Yusof di dalam kamarnya ketika kes itu disebut untuk pengurusan kes.




Peguam Kanan Persekutuan, Datin Azizah Nawawi mewakili kerajaan persekutuan manakala peguam Alan Gomez pula mewakili kerajaan negeri Kelantan. 


Rishwant berkata, mahkamah menetapkan hari yang sama untuk sebutan permohonan oleh Petronas dan kerajaan persekutuan untuk membicarakan isu permulaan membabitkan perkara perundangan, bagi mahkamah menetapkan isu sebelum meneruskan dengan perbicaraan kes saman berkenaan. 

Pada 22 Mac lalu, Hakim Zabariah membenarkan permohonan kerajaan persekutuan untuk menjadi pencelah dalam saman itu dan menjadi sebahagian daripada saman itu sebagai defendan kedua. 

Pada 31 Mac pula, beliau menolak permohonan kerajaan negeri supaya kes saman itu dipindahkan semula ke NCC. 
Kerajaan negeri mahu kes itu dipindahkan semula memandangkan saman berkenaan pada mulanya difailkan di NCC, tetapi kini akan didengar di Mahkamah Sivil Baru (NCvC). 

Dalam saman yang difailkan pada 30 Ogos tahun lalu, kerajaan Kelantan menamakan Petronas sebagai defendan tunggal kerana didakwa melanggar kontrak berkaitan pembayaran tunai yang patut dibayar kepada kerajaan negeri berhubung royalti minyak. 

Dalam pernyataan tuntutannya, kerajaan negeri, antara lain memohon perintah untuk mendesak Petronas supaya mendedahkan kesemua fakta berkaitan pembayaran tunai yang patut dibayar kepada Kelantan, termasuk tempoh petroleum dikeluarkan, dijumpai atau diperoleh di pesisir Kelantan; kawasan atau blok tempat petroleum dijumpai dan diperoleh; dan jumlah keseluruhan pembayaran tunai yang patut dibayar kepada Kelantan. 

Kerajaan negeri turut mendesak agar semua pembayaran tunai tertunggak yang ditetapkan oleh mahkamah mesti dibayar dalam tempoh satu bulan daripada perintah mahkamah dikeluarkan. 

Dalam saman itu, kerajaan negeri menjelaskan bahawa Perjanjian Petroleum Kelantan yang ditandatangani pada 9 Mei 1975 jelas menyebut bahawa Petronas mesti membayar secara tunai lima peratus daripada perolehan minyak, sama ada hasil cari gali di pesisir atau luar pesisir. 

Menurutnya, klausa perjanjian turut menyebut bahawa pembayaran perlu dibuat secara tunai dua kali setahun pada atau sebelum 1 Mac, atau pada atau sebelum 1 September dan pembayaran mesti diteruskan sehingga deposit minyak yang diperoleh dari negeri ini sudah habis. - BH 

Respon : 



  • De'gameo Ncid kerajaan pusat dah bagi duit ehsan,kerajaan PAS tolak,bila keputusan mahkamah sebaliknya nanti apa pun tak dapat..
    20 minutes ago · 

  • Kutar Kitir sistem keHAKIMAN MALAYSIA....rakyat KELANTAN dah tahu.
    19 minutes ago · 

  • Noralysa Johari duit ehsan watpe..kan minyak tu negeri kelantan pye...
    18 minutes ago · 

  • Harry Lee melayu perompak
    17 minutes ago · 

  • Sutan Baro uang ehsan?? tu sama mcm bagi sedekah. kelantan bkn mnta sedekah tp memperjuangkan hak mereka.. kena fhm kelantan negeri bermaruah.
    17 minutes ago ·  ·  1 person


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular