PARIT BUNTAR, 18 Mei : Pengerusi Idham Care Yb Drs Khalil Idham Lim berkata langkah kerajaan BN membuat pengumuman awal kemungkinan RON 95 bakal dinaikkan harganya telah mencetuskan rasa curiga dan tanda tanya banyak pihak.
“Mengapa semasa kerajaan umno BN menaikkan harga RON 97 tidak dimaklum sebegini rupa,?” Katanya ketika ditemui di sini.
Menurutnya yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak bahawa kenaikan RON 97 berulang kali tidak dihebah secara meluas sedangkan minyak jenis itu masih digunakan oleh sekelompok rakyat Malaysia serta masih dijual secara meluas.
"Gambaran sebenar kepada isu ini dilhat kepada keraguan pihak kerajaan untuk menghadapi protes rakyat kerana RON 95 lebih ramai penggunanya dan melibatkan kenderaan awam yang memberi resiko kepada kenaikan harga barang lain" katanya
Menurut beliau lagi, kerana itu BN dilihat sangat berhati-hati dalam perkara ini dan melakukan sesuatu untuk terus menipu rakyat.
“Senario ini telah memberikan kita dua andaian iaitu pertama ,ini adalah lakonan pemimpin BN untuk raih sokongan rakyat. Mereka mungkin menarik semula cadangan ini dengan adanya bantahan dari beberapa orang pemimpin BN dan Pemuda Umno sendiri terhadap kenaikan yang bakal berlaku,” ujarnya.
“Keduanya rakyat memang akan dikenakan dengan kenaikan harga RON 95 yang naik dan alasan yang biasa digunakan untuk mengaburi mata rakyat ialah kerajaan terpaksa menarik semula subsidi yang sedia ada untuk tujuan penstrukturan semula harga minyak,” katanya lagi.
“Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob berpesan supaya rakyat bersedia andai berlaku kenaikan harga minyak itu, saya yakin rakyat telah bersedia untuk itu dan saya ingatkan juga kepada pemimpin BN bahawa mereka juga sudah bersedia untuk menukar kerajaan yang sedia kepada Pakatan Rakyat", katanya. - Cina ISLAM
No comments:
Post a Comment