Sunday, May 29, 2011

Terkena Bola Keranjang, Chopstick TEMBUSI Rahang

Ketika sedang berjalan berhampiran sesebuah gelanggang sukan, kebarangkalian untuk terkena bola 'liar' agak tinggi - tetapi apabila sebatang penyepit chopstick menembusi dagu kerana bola liar adalah sesuatu yang jarang-jarang berlaku.






Dagu seorang pelajar Cina telah ditembusi sebatang chopstick setelah terkena sebiji bola keranjang. Pelajar China, Xiao Wei sedang berjalan melintasi sebuah gelanggang bola keranjang menuju ke sebuah kantin sambil membawa kotak makanan tengah harinya dan dua penyepit makanan ketika telefon bimbitnya berbunyi.

Apa yang telah terjadi berikutnya ialah SEBAB UTAMA mengapa para ibu sering melarang anak-anak mereka untuk tidak meletakkan sebarang benda di dalam mulut mereka. 

Ketika di menjawab telefonnya, Xiao meletak penyepit di dalam mulutnya dan sebaik sahaja dia menjawab panggilan sebiji bola liar menuju ke arahnya lalu sebatang penyepit betul-betul telah menembusi dasar rahangnya.

Mungki n selepas ini Xiao akan sentiasa memeriksa sekelilingnya sebelum makan, hanya bagi memastikan tiada bola liar menuju ke arahnya.

Tidak mengejutkan, ini bukanlah kali pertama  doktor di China terpaksa berurusan dengan sebatang penyepit makanan yang menyebabkan kecederaan.

Tahun lalu seorang lelaki berusia 50 tahun menjalani pembedahan selepas tertelan sebatang penyepit makanannya hampir 28 tahun sebelum dia mula mengalami masalah perut. - pulakdah


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular