Sunday, May 15, 2011

Bigdog: Saya Tidak Akan Berhenti Menulis!

Bigdog: Saya Tidak Akan Berhenti Menulis!

KUALA LUMPUR – Blogger terkenal, Zakhir Mohamad atau lebih dikenali sebagai Bigdog menegaskan akan terus menulis biarpun dikecam banyak pihak berikutan tulisannya yang menyentuh mengenai usaha untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara baru-baru ini.
Bercakap kepada Mynewshub.my hari ini, Zakhir mendakwa tidak ada sebab untuk beliau berhenti menulis hanya kerana persepsi dan sentimen yang dilemparkan terhadapnya.


Menurut Zakhir, beliau percaya tentang apa yang ditulisnya dan yakin dengan sumber dan maklumat yang beliau perolehi.
” Saya ingin melihat negara kita Malaysia aman dan makmur, saya tidak mahu ada pihak merosakkannya,” kata Zakhir.
Zakhir menggemparkan negara apabila tulisan di dalam blognya, bigdogdotcom.wordpress dan seorang lagi blogger, myanger.blogspot.com melaporkan terdapat usaha untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara dan didalangi oleh DAP.
Utusan Malaysia kemudiannya menyiarkan dakwaan blog-blog berkenaan di muka depan akhbar itu baru-baru ini.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi, DAP dan ketua-ketua gereja Kristian yang dikatakan terlibat dengan usaha tersebut menafikan dakwaan itu dan menyatakan ia hanyalah majlis makan malam biasa sahaja.
Mengulas mengenai perkembangan tersebut, Zakhir berkata, sebab itu dari awal lagi beliau mahu perkara itu disiasat.
” Saya tidak dapat berkongsi dengan anda dari mana saya dapat maklumat mengenai perkara tersebut, tetapi yang lebih penting di sini adalah satu siasatan perlu dibuat mengenai apa yang terjadi, kalau betul, pihak berkenaan perlu diambil tindakan dan andainya siasatan menunjukkan saya yang bersalah, saya juga bersedia menerima sebarang kemungkinan,” katanya.
Ketika ditanya mengapa beliau seolah-olah berdiam diri bila Utusan Malaysia ‘diserang’ sedangkan akhbar berkenaan hanya melaporkan apa yang beliau dedahkan, Zakhir berkata, perkara tersebut tidak timbul sama sekali.
” Bukan Utusan Malaysia saja, saya juga diserang disebabkan artikel itu terutama dalam internet, baik dari pembangkang mahupun blog pro-UMNO!,” katanya.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular