Sunday, May 15, 2011

Antara Di Jamin dan Tiada Jaminan : Harga RON 95 bakal DiNaikan

Tiada jaminan harga petrol kekal

BERA 14 Mei 11 – Tiada jaminan harga petrol dan diesel akan kekal pada harga sekarang jika harga bahan bakar itu melonjak di pasaran dunia. 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua harga bahan bakar itu iaitu petrol RON95, diesel dan gas LPG akan disemak setiap enam bulan oleh Jawatankuasa Pemandu Rasionalisasi Subsidi Harga Barang Kawalan. 

Menurutnya, pada tahun 2010, kerajaan menganggarkan subsidi minyak sebanyak RM14 bilion untuk tahun ini tetapi unjuran itu pula dijangka meningkat kepada RM17 bilion. 


“Pada tahun lalu, subsidi minyak ialah RM10.3 bilion. Namun kenaikan harga minyak di pasaran dunia menyebabkan subsidi turut meningkat hampir 70 peratus. 


“Sekiranya kerajaan terus menanggung subsidi kenaikan harga bahan itu, ia akan menyebabkan defisit kerajaan semakin meningkat,” katanya. 


Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Bera 2011, dekat sini. 


Ismail Sabri berkata, harga minyak RON 95, diesel dan gas LPG akan ditentukan sejurus jawatankuasa bersidang Jun ini. 


Ketika diminta mengulas mengani penarikan subsidi harga gula, belia yang juga Ahli Parlimen Bera berkata, kerajaan tidak akan berbuat demikian dalam masa terdekat ini. 


Katanya, ini juga bergantung kepada keputusan jawatankuasa berkenaan yang sekiranya memutuskan harga gula dinaikkan 20 sen pada masa akan datang, maka subsidi gula akan dihapuskan. 


“Harga gula juga akan disemak pada Disember depan selepas kontrak jangka panjang dengan pembekal gula dari beberapa negara di dunia. 


“Jika harga gula di pasaran dunia ketika itu lebih tinggi daripada harga sekarang, kemungkinan kenaikan harga gula boleh berlaku di negara ini. Sebaliknya, jika harganya masih diparas lama harga jualan di pasaran sekarang terus kekal,” kata Ismail Sabri. 


Beliau yakin kenaikan harga gula sebanyak 20 sen baru baru ini dapat mengekang penyeludupan gula ke negara Thailand. - Sinar Harian

ULASAN :

Baru semalam (13 Mei) kata Kerajaan jamin minyak khasnya RON95 tak akan dinaikan, hari ni (14Mei) pula dia kata Kerajaan tak jamin minyak tak akan naik. Bila menteri sebut minyak tu termasuk lah RON95 kan.

Pada 13 Mei 11 di mStar - Rujuk ( SINI )
Kerajaan Jamin Tiada Kenaikan Harga Petrol RON 95 Buat Masa Ini - Ismail Sabri


KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan bahawa harga minyak petrol RON 95 tidak akan dinaikkan buat masa ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan masih mengkaji untuk mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut pasaran minyak dunia.
"Belum lagi (kenaikan harga petrol RON 95), kita cuma dengar laporan daripada pihak Kementerian Kewangan mengenai defisit jika ada perubahan kepada subsidi-subsidi lain, bahan petroleum misalnya.
"Kalau kekal dengan keadaan sekarang kemungkinan besar dari segi unjurannya subsidi akan bertambah daripada RM10.3 bilion kepada RM17 bilion...apabila pertambahan subsidi sebanyak RM17 bilion, defisit kita menjadi semakin besar," katanya ketika mengulas mengenai kemungkinan harga minyak petrol RON95 bakal dinaikkan dalam masa terdekat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular