Puan Sri Ragat Kurdi,
Peluk lah sepuas-puas suami Puan hari ini kerana masa sudah terlalu suntuk untuk Puan terus memegang ‘title’ isteri Ketua Menteri Sarawak.
Dalam sedikit masa lagi suami yang Puan peluk erat itu akan melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri dan pada ketika itu Puan harus sedar Puan tidak lagi memeluk Ketua Menteri tetapi Puan hanya memeluk kekanda Taib Mahmud atau ‘Taib Mahmud my darling”.
Puan dan suami Puan harus sentiasa ingat bahawa jawatan, pangkat dan darjat hanyalah sementara waktu sahaja. Puan sendiri dapat melihat bahawa pengundi-pengundi Cina di bandar-bandar sudah tidak menyokong suami Puan lagi.
Buktinya DAP telah menawan hampir keseluruhan kawasan majoriti pengundi Cina apabila menang 12 kerusi daripda 15 kerusi yang mereka bertanding. Mereka telah membawa masuk DAP yang rasis itu ke dalam politik Sarawak.
Puan lihat lah apa jadi dengan rakan karib suami Puan, Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam yang telah dihenjut teruk apabila gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau setelah tewas kepada lawannya, Ling Sie Kiong daripada DAP.
SUPP diajar secukup-cukupnya oleh pengundi Cina kerana terlalu bersekongkol dengan suami Puan yang mereka gelar 'Pa Mao' itu.
Walaupun jasa suami Puan terlalu banyak kepada rakyat Sarawak tetapi politik tidak pernah mengenang jasa sesiapa.Malah yang penting untuk Puan sedar ialah mereka telah muak dan meluat dengan suami puan yang terlalu lama menjadi Ketua Menteri Sarawak..
Puan Sri Ragat Kurdi,
Peluk lah suami Puan lama-lama, kerana kehangatan pelukan seorang isteri seperti puan itu akan menenangkan jiwa suami Puan yang berkecamuk sepanjang bergelut dalam pilihanraya yang baru lepas.
Walaupun pelukan erat Puan itu tidak akan menghitamkan rambut suami puan yang telah putih seperti kapas yang menjadi bahan kempen politik perli “Pa Mao” oleh pengundi Cina tetapi aura kejelitaan puan itu cukup untuk merawat luka-luka kempen Pilihanraya Sarawak yang ke 10 yang ditimpa suami Puan.
Puan Sri Ragat Kurdi,
Hakikat yang sebenarnya kekuatan suami Puan untuk terus berkuasa dan liat untuk melepaskan kuasa itu kerana, kekuatannya ada pada Puan. Segala zat, vitamin dan mineral yang telah disalurkan oleh Puan itu telah menyuntik semangat dan tenaga kejantanan yang luar biasa kepada suami puan untuk terus bergayut sebagai Ketua Menteri Sarawak.
Walaubagaimanapun suami puan harus sedar masanya sudah sampai yang beliau mesti melepaskan jawatan dengan segera bukannya dua atau tiga tahun akan datang seperti kenyataan beliau semalam, tetapi sebulan atau dua bulan ini kerana PM kita telah membuat janji kepada rakyat Sarawak untuk melakukan perubahan kuasa. Ini kerana PM juga bimbang Sarawak akan menjadi seperti Mesir dan Libya.
Malah Puan pun tahu umur suami Puan telah menjangkau 75 tahun, mungkin semangatnya sahaja yang kuat manakala tenaganya sudah ‘tidak ada’. “You know better”.
Akhirnya berbisiklah di telinga suami Puan semasa di ranjang bahawa tahta ini bukan untuk dibawa sampai keatas katil malah jauh sekali sampai ke liang lahat.
Salam.
No comments:
Post a Comment