Tuesday, April 19, 2011

Masalah Tangan dan Kaki Kebas


Soalan
Assalamualaikum.saya selalu buat kerja iaitu menaip secara duduk. kaki saya selalu kebas. dan saya selalu rasa sejuk sangat. saya lihat tapak tangan saya macam berwarna kekuningan. jadi apakah masalah yang saya hadapi sekarang?
Jawapan
Terima kasih atas soalan. Tangan kebas, sejuk dan bertukar warna sering dialami oleh masyarakat namun diagnosis selalunya tersasar daripada diagnosis yang sebenar akibat ketidakcukupan maklumat yang diberikan ataupun ketidakcukupan pengalaman doctor yang merawat.
Simptom yang menjadi perhatian saya secara peribadi adalah kesejukan yang dialami. Tangan atau kaki sejuk menjadi “hint” kepada diagnosis kerana tidak banyak penyakit yang boleh menyebabkan tangan atau kaki sejuk, berbanding simptom-simptom lain yang mempunyai pelbagai sebab.
Tangan atau kaki dirasakan sejuk walaupun tidak berada dalam keadaan persekitaran yang sejuk sering terjadi. Selalunya tangan sejuk adalah sebahagian daripada tindakbalas semulajadi oleh badan untuk mengembalikan suhu badan kepada suhu normal dan tidak perlu menjadi sebab untuk dirisaukan.
Lain pula halnya sekiranya tangan atau kaki sejuk ini dihidapi secara berterusan untuk jangka masa yang panjang kerana ini mungkin tanda amaran yang diberikan oleh tubuh supaya segera mendapatkan rawatan.
Dua benda penting  yang perlu sentiasa  di dalam minda apabila menghadapi tangan atau kaki sejuk; 1. Masalah peredaran darah 2. Masalah saraf.
Simptom/tanda  lain yang seharusnya dikesan, selain tangan atau kaki yang sejuk adalah:
1.Perubahan warna tangan, sama ada biru atau putih (pucat)
2.Kebas tangan atau kaki, ataupun hilang deria sentuhan
3.Luka
4.Kulit yang sangat tegang atau keras
Penyakit-penyakit yang boleh menyebabkan tangan/kaki sejuk:
1.Kurang darah (anemia)
2.Buerger’s disease
3.Kencing manis
4.Frostbite
5.Peripheral artery disease (PAD6.Raynaud’s disease7.Scleroderma
Bilakah perlu berjumpa dengan doctor?
Sekiranya tangan/kaki sejuk dihadapi secara berpanjangan disertai dengan symptom/tanda lain seperti yang dinyatakan di atas.
Anemia
Kekurangan darah dapat dikesan dengan mengambil sampel darah untuk ujian makmal. Rawatan kepada penyakit yang menyebabkan kekurangan darah tersebut diperlukan.
Buerger’s Disease
Penyakit ini disahkan apabila semua penyakit lain telah dinafikan. Secara tipikalnya, pesakit seorang lelaki, merokok , kaki diamputasi (dipotong) akibat salur darah kaki yang tersumbat dan dikesan dengan ultrasound (distal extremity ischemia). Pesakit mungkin datang dengan symptom yang tidak tipikal.
Kencing manis
Dikesan dengan ujian gula dalam darah. Rawatan seumur hidup diperlukan.
Frostbite
Kulit atau tisu yang merana akibat berada di persekitaran yang teramat sejuk, contohnya musim sejuk di Russia ataupun berada dalam freezer. Ada 4 peringkat kesemuanya. Bahagian tubuh yang menghadapinya seharusnya dilindungi daripada keadaaan sejuk dan dituam dengan air suam.
Raynaud’s Disease
Tangan/ kaki sejuk disertai pertukaran warna kepada putih(pucat) ataupun biru walaupun tidak berada di dalam keadaan yang teramat sejuk.  Pesakit mungkin menghadapi situasi ini di dalam keadaan sejuk (berhawa dingin) sedangkan dalam keadaan yang sama, orang lain nampak normal. Pesakit juga boleh diserang apabila berhadapan dengan tekanan.  Pesakit perlukan ujian makmal berbentuk  antinucklear antibody test (ANA), erythrocyte sedimentation rate (ESR) dan Cold Stimulation Test.
Rawatan Raynaud’s Disease:
Semasa serangan:
Sentiasa panaskan badan dengan
1.Masuk ke dalam rumah apabila cuaca persekitaran sejuk
2.Merendamkan tangan dan kaki ke dalam air suam
3.Rehatkan diri dan lari daripada situasi yang menyebabkan tekanan.
4. Memakai pakaian yang tebal
Selain waktu serangan:
1.Sentiasa bertopi (kepanasan badan senang hilang ke persekitaran melalui kulit kepala)2. Memakai pakaian tebal yang selesa untuk mengelakkan kesejukan yang boleh membawa kepada serangan.3.Sentiasa pastikan kaki anda kering dan berstokin untuk mengelakkan sejuk.4. Elakkan kawasan berhawa dingin sekiranya hal ini boleh menyebabkan serangan.5.Tungku suam sebaiknya dibawa bersama apabila keluar dari rumah di musim sejuk.6.Berhenti merokok. Merokok menyebabkan suhu kulit jatuh. LK

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular