MALIM - Seorang warga emas maut, sementara isterinya putus tangan kanan dan pergelangan kaki kanan selepas motosikal yang dinaiki bergesel dengan sebuah treler di persimpangan lampu isyarat Lorong Pandan, dekat Lebuh AMJ, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 malam di simpang lima itu, mangsa, Pang Hee Mui mati di tempat kejadian dan isterinya, Wi Ah Shuan yang cedera parah hingga menampakkan tulang betis dihantar ke Hospital Melaka.
Kedua-dua pasangan berumur 56 tahun itu dalam perjalanan dari Semabok ke rumah mereka di Cheng sebelum terlibat kemalangan dengan treler yang membawa muatan biskut, kira-kira enam tan.
Saksi kejadian, Khairul Arifi n Kamaruzaman, 21, yang menaiki motosikal dalam perjalanan ke kedai makan di Balai Panjang, berkata, dia melihat motosikal mangsa terhimpit antara tayar belakang treler dan pembahagi jalan.
“Saya datang dari Malim dan mahu ke kedai makan di Balai Panjang. Saya nak buat pusingan U tetapi berhenti ketika lampu merah dan masa itulah saya ternampak treler terbabit cuba potong motosikal mangsa hingga menyebabkan mangsa tersepit sebelum terjatuh tertiarap.
“Treler terbabit tetap meneruskan perjalanan dan berhenti kira-kira 100 meter selepas sebuah kenderaan di belakangnya memberikan hon,” katanya.
Sementara itu, pemandu treler, Samsuri Rohani, 35, ketika ditemui berkata, dia yang dalam perjalanan dari Muar, Johor ke Ipoh, Perak, ada mendengar bunyi seperti terlanggar sesuatu tetapi tidak m:enyangka ia adalah mangsa.
“Saya bercadang masuk tol Alor Gajah melalui Lebuh AMJ dan apabila tiba di persimpangan, saya meneruskan pemanduan ke-rana lampu hijau sebelum terdengar bunyi sesuatu.
“Selepas memberhentikan lori, saya terkejut melihat dua mangsa terbaring di sisi motosikal yang dinaiki mereka,” katanya.
Anak pasangan terbabit, Pang Kia Yee, 31, berkata, kedua-dua ibu bapanya yang baru pulang bercuti di Singapura itu dari rumah ibu saudaranya di Kampung Semabok menuju rumah mereka di Cheng.
“Mereka berjalan-jalan di Singapura bersama keluarga makcik menaiki bas pada sebelah pagi dan sampai di Melaka Sentral, jam 10 malam.
“Mereka singgah dahulu mengambil motosikal di rumah makcik tetapi belum sempat sampai rumah, mereka terlibat kemalangan,” katanya.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman berkata, pemandu treler ditahan bagi membantu siasatan. SH
No comments:
Post a Comment