Friday, April 22, 2011

"SAYA BUKAN DAYUS" kata Jailani Sidek Manakala Roslin Hashim Mengeluh ???

Produser filem Raja Azmi dan suami, Mohd Jalani Sidek di resepsi perkahwinan anak mereka tidak lama dulu.

KL 22 April 11: Suami dayus tidak akan masuk syurga. Kata Jailani, “Saya tidak mahu dilabelkan sebagai suami dayus membiarkan isteri mempunyai hubungan dengan orang lain.” Begitu, luahan bekas pemain badminton kebangsaan, Jalani Sidek, 48, yang juga suami penerbit kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman, 52, yang selama ini berdiam diri sehingga menyebabkan anak-anaknya mempersoalkan tindakannya itu.


Raja Azmi merupakan penerbit filem “Dalam Botol”.

Jalani dan Roslin dipanggil Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk memberi keterangan bagi melengkapkan kertas siasatan mengikut Seksyen 58 subseksyen 1 Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997, lapor Berita Harian.

“Kerana hal ini anak-anak saya diejek oleh guru dan rakan-rakan yang mengatakan bapa mereka dayus,” kata Jalani dipetik Utusan Malaysia.

Ketika ditemui di Bahagian Penguatkuasaan jabatan itu semalam, Jalani yang ditemani isterinya hadir pada sesi soal siasat berhubung dakwaan khalwat.

Jalani mengulas dakwaan Nurhayati Othman, bekas isteri Roslin Hashim, 35, yang menuduh Raja Azmi berkhalwat dengan pemain badminton negara itu di sebuah hotel di Jalan Ampang di sini, 7 Ogos lalu.

Mengulas lanjut, Jalani menegaskan, dakwaan itu tidak berasas bahkan, beliau dan isterinya berhasrat untuk menyaman Nurhayati dan pihak-pihak yang menabur fitnah serta memburukkan nama mereka setelah berbincang dengan peguam syarie Roslizam Rahim yang mewakili mereka.

Roslizam kemudian mengesahkan Roslin dan Raja Azmi dikehendaki hadir pada 19 Mei ini bagi menentukan sama ada mereka akan didakwa di mahkamah atau sebaliknya. Roslin pula dipetik berkata beliau tidak serik berkahwin lagi namun bimbang tiada wanita yang sudi berkongsi hidup dengannya selepas dilanda pelbagai kontroversi.

Pemain badminton itu mengakui sedih kerana gagal mempertahankan dua perkahwinan dengan Faezah Mohamad, 35, dan Nurhayati, 40, namun nalurinya tetap menanti kehadiran seorang isteri. Kegagalan tersebut menjadikan beliau lebih berhati-hati pada masa depan dan berharap kebenaran akan muncul suatu hari nanti. Perkahwinannya dengan Faezah hanya bertahan selama 12 hari manakala tempoh ikatan pernikahan dengan Nurhayati dalam masa sebulan. (IH)

Masih adakah wanita yang sanggup menerima saya? Roslin Hashim


[kosmo] KUALA LUMPUR – Pemain badminton negara, Muhd. Roslin Hashim memberitahu yang dia tidak serik untuk berkahwin lagi tetapi dalam masa sama bimbang jika tiada wanita yang sudi berkongsi hidup dengannya selepas pelbagai kontroversi mengenai dirinya tersebar.

Roslin, 39, mengakui walaupun dia sedih selepas gagal mempertahankan dua perkahwinan dengan bekas isterinya iaitu Faezah Mohamad, 34, dan Norhayati Othman, 39, naluri kelelakiannya tetap mahukan hidupnya diserikan dengan kehadiran seorang isteri.

Dakwanya, kontroversi itu sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupannya tetapi dia tidak dapat tidak terpaksa reda dengan ketentuan itu.

“Memang saya ingin berumah tangga lagi tetapi persoalannya masih adakah wanita yang sanggup menerima saya selepas pelbagai kontroversi mengenai saya tersebar?

“Kalau boleh saya ingin mencari gadis beriman. Bagaimanapun saya belum merancang untuk berkahwin dalam tempoh terdekat kerana saya masih belum mempunyai teman wanita,” akuinya ketika ditemui semalam.

P/s: Banyakkan bertaubat kepada Allah...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular