Saturday, April 23, 2011

Tiada lagi Saman Ekor : Polis hapus sistem perangkap kelajuan


KUALA LUMPUR, 23 April – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan menggunakan lagi sistem perangkap kelajuan, yang menjadi sebahagian daripada punca rungutan mengenai notis saman ekor selama ini.

NONESebaliknya Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan bertindak telus dan akan memberi amaran kepada kepada para pemandu mengenai operasi mengesan kelajuan memandu terlebih dahulu.
Sistem perangkap kelajuan menggunakan kamera telah digunakan hampir dua dekad oleh PDRM.
“Kami tidak harus bersembunyi di sebalik belukar. Kami perlu tampil secara terbuka dan menguatkuasakan undang-undang (secara telus),” kata beliau kepada pemberita di Shah Alam hari ini.
Banyak pihak mempertikaikan notis saman yang dihantar ke alamat pemilik dengan ramai mendakwa bukan mereka yang mengendalikan kenderaan ketika dikesan.
Ada yang mewujudkan jawatankuasa atau pertubuhan bukan kerajaan membantah sistem itu, antara Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) yang mahu kerajaan menghapuskan sistem notis saman ekor. MI
Polis tidak lagi sembunyi semasa Ops Trafik


SEKALUNG tahhniah untuk Ahli Parlimen PAS Pokok Sena kerana telah berjuang dengan bersungguh-sungguh untuk membela hak rakyat terhadap saman ekor di bawah Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor, KASE.

Hasil gesaan berterusan serta memberikan kesedaran kepada rakyat terhadap saman ekor, maka Pihak Polis yang pastinya di atas arahan kerajaan, akur untuk memansuhkan sistem perangkap had laju yang disifatkan sebagai tidak mendidik rakyat, sebaliknya sekadar mengaut keuntungan.

Tiada lagi perangkap laju, secara tak langsung tiadalah lagi saman ekor. Sebelum ini Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor, KASE menggesa orang ramai agar mengabaikan notis saman ekor yang diterima kerana ia bercanggah dengan perlembagaan untuk menyenarai hitamkan pemandu sebelum didapati bersalah oleh mahkamah rujuk sini [Jangan bayar saman ekor].

Walaupun ini salah satu tanda kerajaan ingin mengambil hati rakyat sebelum mengadakan pilihanraya, namun ia memberikan kelegaan kepada rakyat. Milo SuaM

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular