Friday, April 22, 2011

Kes Sarbani: Keluarga Dakwa Polis Macam Nak Sorokkan Sesuatu (+Artikel Berkaitan)


Gambar: Keluarga Ahmad Sarbaini tidak puas hati dengan hasil siasatan polis. — Foto oleh Jack Ooi



Kes Sarbaini: Keluarga tak puas hati, nak tahu ‘kisah sebenar’


KUALA LUMPUR, 22 April — Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed tidak berpuas hati dengan hasil siasatan polis sambil mendakwa ia tidak dibuat secara menyeluruh untuk mengetahui sebab-sebab kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia itu.



Sebaliknya, ketika dihubungi The Malaysian Insider, sumber yang rapat dengan keluarga Ahmad Sarbaini berkata pihaknya mempersoalkan hasil siasatan polis kerana ia tidak dibuat secara menyeluruh selain nampaknya mahu “menyembunyikan” sesuatu daripada diketahui umum.

“Keluarga mempersoalkan kenapa hasil siasatan tidak begitu menyeluruh, macam nak sorokkan sesuatu... bila sudah jadi macam ini, cuba pula nak sorokkan sesuatu.

“Kami sekeluarga tertanya-tanya adakah cerita ini akan habis begini sahaja, kami memang tidak berpuas hati dengan hasil siasatan dan kami tetap nak tahu apa yang terjadi, kami nak tahu kisah sebenar,” katanya.

Kata sumber itu, keluarga Ahmad Sarbaini sedia maklum punca kematian adalah jatuh dari bahagian tinggi tetapi apa yang dipersoalkan adalah bagaimana dia boleh jatuh sehingga membawa kepada kematian bapa lima anak itu.

“Kami sekeluarga tetap mempersoalkannya, siasatan macam tak begitu menyeluruh... kami memang tahu Allahyarham jatuh dari tempat tinggi tapi atas sebab apa dia jatuh? Sebab apa dia mati, sebab apa yang saya tahu kebiasaannya kalau jatuh dari tingkat tiga dia mungkin hanya akan patah-patah sahaja tapi ini sampai mati (meninggal dunia) pula.

“Sebab itu kami nak tahu apa yang terjadi, sebab apa dia jatuh? Adakah benar dia jatuh dari tingkat tiga dengan sindiri atau ditolak dari atas?

“Kami nak tahu semuanya, kami memang tidak puas hati dan kami nak tahu cerita yang sebenarnya,”tambah sumber itu.

Ditanya mengenai kemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan kelalaian serta mahu membersihkan dakwaan kononnya Ahmad Sarbaini membunuh diri sebagaimana dikatakan sebelum ini, sumber itu berkata, ia akan dibincangan bersama keluarga terdekat.

“Kami akan bincangkan dulu perkara ini, nanti akan dimaklumkan kemudian,” jawabnya ringkas.

Semalam polis berkata kematian Ahmad Sarbaini disebabkan kecederaan pada bahagian kepala selepas jatuh daripada bahagian tinggi bangunan SPRM.

Justeru kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah, kini terserah kepada Peguam Negara untuk menentukan tindakan susulan.

“(Dengan ini) saya minta semua spekulasi dihentikan kerana siasatan sudah dilengkapkan.

“Kertas siasatan akan dihantar kepada Pejabat Peguam Negeri minggu ini atau paling lewat minggu depan,” katanya.

Kata beliau, siasatan menunjukkan ia adalah kematian mengejut dan tiada elemen jenayah terlibat buat masa sekarang.

Zulkifli juga berkata punca kematian ditentukan selepas siasatan terperinci membabitkan pelbagai pihak termasuk polis, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Jabatan Kimia.

Minggu lalu, keluarga Ahmad Sarbaini memberitahu The Malaysian Insider bahawa berkemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap SPRM jika hasil siasatan polis tidak memihak keluarga pegawai kastam itu.

Ahmad Sarbaini ditemui mati di aras satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan 6 April lalu.

Dia merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B kendalian SPRM dan beberapa agensi kerajaan yang lain.

Kematian Ahmad Sarbaini merupakan kejadian kedua dalam dua tahun ini membabitkan premis SPRM. Kes kematian Teoh Beng Hock, yang ditemui jatuh dari Plaza Masalam, yang menempatkan pejabat SPRM Selangor pada Julai 2009, masih disiasat oleh suruhanjaya diraja. -TMI

Ulasan 
Ahmad Sarbani dikatakan "mati kemalangan". Tergantung. Kemalangan disebabkan apa? Tanpa sebab?


Apakah kerana tergelincir? Terjun sendiri? Ditolak? Dicampak? Itu semua kena ada di dalam kertas siasatan. Sekarang NIL.


Inkues dan Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan lagi. Sebab polis tidak lengkapkan siasatan. Kerana apa? 
Bagaimanakah polis mahu diyakini oleh rakyat?

Polis TETAP Anggap Kematian Sarbani Sebagai Mati Mengejut (Kemalangan@Bunuh Diri). Masalahnya, Banyak Orang yang Tidak Percaya!



Gambar di atas ialah tingkap bangunan SPRM, di Jalan Cochrane yang dipercayai menjadi tempat Ahmad Sarbani Mohamed "jatuh" dan ditemukan mati di gelanggang badminton tingkat 1 pada 6 April lalu. 

Cuba anda lihat saiz tingkap itu!
Hari ini dalam UM, polis mengesahkan kematian pegawai kastam itu disebabkan kecederaan parah akibat jatuh dari lokasi tinggi. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, hasil siasatan menyeluruh itu tidak hanya membabitkan pihak polis malah turut melibatkan hospital, Jabatan Kimia serta pakar patologi.

“Siasatan turut menggunakan kaedah tertentu termasuk lakonan semula oleh pelakon lagak ngeri bagi membantu mendapatkan hasil penemuan."

“Menerusi siasatan ini, kami dapati kematian beliau selari dengan kecederaan akibat impak jatuh dari tempat yang tinggi.” 

Mengulas lanjut, Zulkifli memberitahu, sepanjang siasatan itu dijalankan, sebanyak 48 percakapan saksi telah direkodkan.

Menurutnya, siasatan kes itu masih kekal dilakukan mengikut laporan kematian mengejut (SDR) dan kertas siasatan yang telah siap itu akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AG) selewat-lewatnya minggu ini. Ditanya sama ada terdapat unsur jenayah dalam kes kematian pegawai kastam itu, Zulkifli enggan mengulas sebaliknya memberitahu, siasatan itu diklasifikasikan sebagai SDR.

“Kita akan berusaha untuk hantar (kertas siasatan) minggu ini juga tetapi jika tidak sempat, kita akan hantar pada minggu depan.

“Sebaik sahaja dihantar kepada AG dan ada perkara-perkara lain yang perlu diberi perhatian, itu adalah perkara biasa. Apa pun saya berpuas hati dengan siasatan menyeluruh yang dibuat,” katanya.



Gambar di atas pula ialah paparan aksi lakon semula oleh pelakon lagak ngeri berkaitan dnegan teori kematian Ahmad Sarbani. Lagi sekali, cuba ukur saiz tingkap itu!

Poin saya, jika polis menganggap kematian Ahmad Sarbani sebagai kemalangan, rasa-rasanya agak mustahil untuk diterima akal. Kerana untuk mendakwa Ahmad Sarbani terjatuh secara tidak sengaja dari tingkap dengan saiz bukaan sebesar itu, agak mustahil untuk diterima akal. Seseorang itu perlu menyusup kepalanya dahulu, barulah boleh "terjatuh" dari tingkap tersebut.

Jika bukan kemalangan, tinggal satu opsyen lagi, iaitu bunuh diri. Semua akhbar hari ini tidak menggunakan istilah bunuh diri walaupun laporan mereka sejak awal lagi membuat andaian bahawa Ahmad Sarbani membunuh diri kerana kemurungan dan sebagainya. 


Masalahnya, banyak orang termasuk ahli keluarga, rakan, dan orang ramai tidak percaya kematian pegawai Kastam yang didakwa warak ini kerana membunuh diri. Malah, ahli keluarga turut menyerahkan beberapa bukti untuk menafikan dakwaan Ahmad Sarbani membunuh diri termasuk jumlah dan nilai aset yang dimilikinya. 


Pihak polis tidak boleh hanya mengatakan  "kami dapati kematian beliau selari dengan kecederaan akibat impak jatuh dari tempat yang tinggi”. Semua orang tahu, arwah jatuh dari tempat tinggi. Persoalan yang perlu disiasat dan dijawab oleh pihak polis, BAGAIMANA arwah jatuh?   

Tatkala banyak pihak tidak berpuas hati dengan cara kematian Ahmad Sarbani, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah "berpuas hati dengan siasatan menyeluruh yang telah dibuat". Adakah kenyataan itu sudah cukup untuk membuatkan ahli keluarga dan orang lain berpuas hati?


Kastam Kecewa Dengan Siasatan Polis

Nota Editor: Kalau kematian Teoh Beng Hock kelmarin mereka kata bunuh diri. Kita tunggu apa alasan yang mereka hendak berikan dalam kematian Sarbani pula. 
Kecewa Jika Kematian Sarbani Dianggap SDRApril 21, 2011 
Oleh SYAHRIL A. KADIR


KUALA LUMPUR – Presiden Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung, Ibrahim Ahmad kecewa jika siasatan polis masih mengaitkan kematian Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed, penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia dengan kematian mengejut (SDR).


Menurutnya, pihaknya agak sukar untuk menerima kenyataan yang tiada elemen jenayah dalam kes berkenaan dan berharap siasatan yang lebih menyeluruh dibuat.


“ Memang payah nak terima kalau inilah hasilnya kerana kita percaya mungkin ada sesuatu di sebalik kejadian ini, tetapi dalam apa juga keadaan, kita tahu siasatan polis adalah telus dan adil,” katanya pada mynewshub.my.


Polis hari ini sudah melengkapkan siasatan berhubung laporan kematian mengejut (SDR) pegawai kastam Ahmad Sarbani Mohamed, dan kertas siasatan akan diserah kepada pejabat Peguam Negara selewat-lewatnya minggu ini atau minggu hadapan.


Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah berkata penelitian penuh yang dijalankan beberapa pihak termasuk polis, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan jabatan kimia merumuskan bahawa punca kematian pegawai kastam itu pada 6 April lepas adalah kerana kecederaan parah di kepala selepas terjatuh dari tempat tinggi.


Ditanya sekiranya wujud unsur jenayah dalam kejadian di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah di Jalan Cochrane itu, beliau berkata siasatan masih tertumpu kepada SDR dan tiada peruntukan undang-undang lain yang digunapakai.


Beliau meminta supaya segala spekulasi mengenai kejadian itu dihentikan kerana siasatan di bawah SDR sudah dilengkapkan dan terpulang kepada pihak Peguam Negara sekiranya mereka hendak mengambil tindakan lanjut.


Ahmad Sarbaini meninggal dunia kerana kecederaan pada bahagian kepala selepas jatuh daripada bahagian tinggi bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), 6 April lalu.


Dalam pada itu, Ibrahim turut berharap agar hasrat mereka untuk bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat direalisasikan dalam masa terdekat.


” Banyak yang ingin kita luahkan kepada beliau tentang apa yang kita buat dan apa yang kita rasa ketika ini, sebab adalah jelas yang kita juga menyokong inspirasi kerajaan untuk membanteras amalan rasuah dalam sektor awam.


” Cuma kita melihat, dalam menuju ke arah itu, harus jangan ada sebarang tindakan yang boleh melemahkan semangat pegawai kita untuk bertugas…dalam erti kata lain, jangan ada sebarang bentuk penganiayaan khususnya pada mereka yang tidak bersalah,” katanya


Sumber : Orang Melayu semua, sila baca riwayat hidup Almarhum Sarbani pada pautan berikut
 Cedera Parah Di Kepala Punca Kematian Ahmad Sarbani

KUALA LUMPUR: Polis merumuskan kematian pegawai kastam Ahmad Sarbani Mohamed pada 6 April lepas adalah kerana kecederaan parah di kepala selepas terjatuh dari tempat tinggi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah (gambar) berkata, penelitian penuh yang dijalankan beberapa pihak termasuk polis, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan Jabatan Kimia sebelum membuat kesimpulan berkenaan dan siasatan berhubung laporan kematian mengejut (SDR) itu telah langkap.

Beliau memberitahu, kertas siasatan akan diserah kepada pejabat Peguam Negara selewat-lewatnya minggu ini atau minggu hadapan.

Ditanya sekiranya wujud unsur jenayah dalam kejadian di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah di Jalan Cochrane itu, beliau berkata siasatan masih tertumpu kepada SDR dan tiada peruntukan undang-undang lain yang digunapakai.

Beliau meminta supaya segala spekulasi mengenai kejadian itu dihentikan kerana siasatan di bawah SDR sudah dilengkapkan dan terpulang kepada pihak Peguam Negara sekiranya merka hendak mengambil tindakan lanjut.

"Saya berpuas hati dengan hasil siasatan ini, kami sudah peroleh laporan lengkap termasuk segala bukti, keterangan dari 48 saksi dan lakonan semula di tempat kejadian," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan sambutan Ulang Tahun Pasukan Kor Kadet Polis ke-41 di Tasik Titiwangsa di sini.

Ahmad Sarbani, 56, yang bertugas di Pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan pejabat SPRM itu setelah dilaporkan pergi ke pejabat itu untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai kastam.

Terdahulu dalam majlis yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur Mohd Adenan Deraman hari ini Zulkifli berkata, kor kadet polis menjadi pemangkin kepada remaja untuk tidak melibatkan diri dalam salahlaku pelajar, masalah disiplin dan jenayah ketika meningkat dewasa.

"Kalau hendak kekalkan disiplin remaja, penglibatan diri dalam kor kadet polis dan unit beruniform lain dapat membantu mereka membentuk sahsiah diri yang baik. Jadi ketika dewasa mereka tidak terjebak kepada masalah sosial," katanya.

Beliau berkata statistik jenayah indeks turun 10 peratus bagi tahun ini berbanding tahun lepas dan jenayah jalanan pula turun 21 peratus bagi tempoh yang sama.

Sementara itu Mohd Adenan berkata cabaran bagi pelajar di kawasan bandaraya adalah sangat tinggi dari segi pembentukan sahsiah diri dan disiplin, oleh itu penglibatan dalam aktiviti kokurikulum dapat mendidik mereka menjadi pelajar yang berdisiplin. - BERNAMA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular