Wednesday, April 20, 2011

Azab Pemandu Tersepit Dua Jam


IPOH - Seorang pemandu nyaris maut selepas bas ekspres yang dipandunya merempuh belakang sebuah treler yang sarat dengan muatan besi buruk di Kilometer 266, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Jelapang di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.10 malam itu, Juwanto Jairot, 42, parah akibat tersepit besi yang menusuk bahagian depan bas berkenaan selama hampir dua jam.

BEBERAPA anggota bomba dan penyelamat cuba mengeluarkan Juwanto (dua dari kanan) yang tersepit dalam kemalangan dekat Jelapang, Ipoh

Ketua Trafik Daerah Ipoh, Deputi Supritendan Mohd. Rodzi Rajab berkata, semasa kejadian bas yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang itu membawa 15 penumpang yang kebanyakannya pelajar universiti.

"Kemalangan berlaku semasa kedua-dua kenderaan terbabit mendaki bukit, iaitu beberapa kilometer dari Plaza Tol Jelapang.

"Bas itu gagal mengelak treler berkenaan lalu merempuhnya mengakibatkan sebahagian muatan besi masuk ke dalam bas," katanya di sini.

Ujarnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh mengambil masa hampir setengah jam untuk mengeluarkan Juwanto.

"Empat penumpang bas itu turut cedera," katanya.

Juwanto dan empat penumpang berkenaan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk menerima rawatan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular