Jika sebelum ini Ketua Menteri Melaka, Dato Seri Muhd. Ali Rustam seringkali menafikan bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM)di Batu Berendam sunyi sepi. Ali Rustam dalam PRK Merlimau berkata, pimpinan Pakatan Rakyat tidak tahu perkembangan yang sering mendakwa LTAM membazirkan wang rakyat. Beliau mendakwa sekarang sudah ada 'kapal terbang besar' mendarat di Melaka.
LTAM yang siap dinaik taraf dengan kos lebih RM 131.5 juta tahun lalu digembar gemburkan oleh kerajaan negeri telah berjaya menobatkan Melaka sebagai hub udara tersohor di rantau ini.
Namun semua dakwaan dan telahan Pakatan Rakyat ternyata berasas apabila semalam Ali Rustam mengakui bahawa LTAM kini menjadi tempat 'berhantu'. Sehingga hari ini hanya syarikat Riau Airlines dan Wing Air yang menggunakan perkhidmatan LTAM. Manakala syarikat penerbangan tempatan seperti Malaysia Airlines, Air Asia dan FireFly mengambil sikap menjauhkan diri untuk mengggunakan LTAM.
Dalam hal ini, Ali Rustam cuba menutup kelemahan sendiri dengan menunding jari kepada Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) kerana gagal mempromosikan LTAM.
Walau bagaimanapun saya menafikan bahawa LTAM berhantu dan sunyi sepi kerana bagi saya LTAM hari ini merupakan antara yang tersibuk di dunia sebagai tempat persinggahan burung-burung dan tempat bermain layang-layang! Kah Kah Kah.. MK - angkasanuri
No comments:
Post a Comment