Georgetown - Rahsia seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga ponteng sekolah sejak lapan hari lalu terbongkar apabila dia dikesan bersekedudukan bersama teman lelakinya. dan dipercayai beberapa kali melakukan hubungan seks. Illustrasi hiasan.
Menurut sumber polis, selepas menerima maklumat daripada guru kelas, ibu bapa pelajar berkenaan terus menyoal tentang perbuatan anaknya itu.
“Selepas dimarahi dan disoal ibu bapa, akhirnya gadis itu mengakui bersembunyi di rumah kekasihnya di Jalan Haji Abbas setiap kali dia ponteng sekolah.
“Selain itu, apa yang lebih memeranjatkan kedua ibu bapa remaja terbabit yang berasal dari Teluk Bahang, anak mereka juga mengakui telah melakukan hubungan seksual sebanyak lapan kali sejak dari awal perkenalan pada 11 April lalu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Sebaik mendengar pengakuan anak mereka, kedua ibu bapa pelajar itu membawanya ke Balai Polis Teluk Bahang untuk membuat laporan.
Katanya, sebaik menerima laporan, polis bertindak menahan teman lelakinya yang berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah hotel di Batu Feringghi untuk membantu siasatan.
Suspek kini direman selama seminggu sehingga siasatan selesai manakala remaja terbabit menerima rawatan di HPP.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Hatta Md Zin mengesahkan tangkapan suspek dan memberitahu siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.-SH
No comments:
Post a Comment