Thursday, August 29, 2013

Panas!! Tiga Line, Geng 04 antara 49 kongsi gelap yang didedahkan KDN +Video

Kementerian Dalam Negeri hari ini mengisytiharkan 49 pertubuhan tidak sah di bawah Akta Pertubuhan 1966 dalam tindakan kerajaan memerangi jenayah dan keganasan dalam negara.



Senarai dikeluarkan hari ini atas arahan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan membabitkan pertubuhan terkemuka seperti Geng 04, Geng 08 dan Geng 36, lapor The Star. – 29 Ogos, 2013.

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengumumkan nama 49 kumpulan kongsi gelap di seluruh negara.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang media di sini, berkata kumpulan itu dikategorikan haram mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 pada 28 Ogos 2013 melalui perwartaan P.U. (A) 272/2013.

Abdul Rahim menjelaskan kumpulan kongsi gelap berkenaan dikesan menjalankan kegiatan memudaratkan ketenteraman awam seperti sindiket pengedaran dadah, memeras ugut, menimbulkan pergaduhan antara pertubuhan kongsi gelap dan huru-hara.

"Mereka juga melakukan pembunuhan menggunakan senjata api atau barang-barang tajam seperti parang, pisau, kuku kambing dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata kumpulan kongsi gelap itu ialah:

- Geng 04 yang dikenal pasti bergerak aktif di Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur.

- Geng 08 yang bergerak aktif di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

- Double 7 yang bergerak aktif di seluruh Semenanjung.

- Tiga Line yang bergerak aktif di 20 kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Kedah dan Perak.

- Geng 30 yang bergerak aktif di seluruh Semenanjung.

- Geng 38 yang aktif di 14 kawasan di Kepong, Jinjang dan Setapak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan di Johor Baharu, Johor.

- Geng 24 (aktif di enam kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang,
Perak dan Johor)

- Geng 18 (aktif di lapan kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Johor)

- Geng 36 (aktif di Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur)

- Gee Ah Eng

- Loh Kuan

- Tiang Yee Tong

- Geng 21

- Ang Soon Thong

- Wah Kee

- Sio Sam Ong

- PNEH

- Hong Hong San

- Hai San

- Sin Ang Bin

- New Cell 20

- Jit It Hai

- Sio Koon Tong

- Gee Lam Kor

- Geng Leng Hor

- Geng 35

- Geng 303

- Geng Satu Hati

DI SABAH:

- Sabah ATAP

- Hung Ann

- Sui Yuk

- Otai

- Borneo Red EMP

DI SARAWAK:

- Sarawak Ah Ngau

- Batu Tiga

- Ah Feng

- Batu 10

- Sibu T

- Ah Seng

- Ah Chin

- Lee Lung

- Lo Han

- Sg Merah

- Sg Badut

- Ting Ching Lee

- Tua Cak Lee

- Teksi Station

- Pintu Merah

- Krokop

Abdul Rahim berkata dengan pengisytiharan itu, tiada individu atau pihak boleh menggunakan semula nama berkenaan untuk didaftarkan sebagai pertubuhan.

Beliau berkata segala akaun, aset dan harta pertubuhan kongsi gelap tersebut akan diserahkan dan digulungkan oleh Jabatan Insolvensi.

Selain itu, katanya tiada individu boleh memegang jawatan, menjalankan kerja sebagai seorang anggota, membenarkan sesuatu mesyuarat dalam bangunan, menghasut, mendorong, mendapatkan yuran atau bantuan, menyiar dan bertindak bagi pihak atau wakil pertubuhan kongsi gelap.

Beliau berkata mereka yang bertanggungjawab menjalankan apa-apa aktiviti pertubuhan kongsi gelap akan disiasat dan didakwa di mahkamah kerana melakukan kesalahan di bawah Akta 335. - Bernama

K'jaan ambil alih aset 49 pertubuhan haram
Kementerian Dalam Negeri hari ini mengumumkan pengharaman 49 kongsi gelap mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966.

Kenyataan dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri menyebut, pertubuhan berkenaan antara lainnya terlibat dalam kegiatan mengedar dadah, peras ugut dan pergaduhan dengan kumpulan kongsi lain.

Kumpulan terbabit turut melakukan huru-hara, melakukan pembunuhan termasuk dengan senjata api.

Menurut kenyataan itu, pengharaman berkenaan antara lainnya memberi kuasa kepada Jabatan Insolvensi Malaysia untuk mengambil alih segala aset dan harta pertubuhan berkenaan.

Pertubuhan berkenaan juga tidak akan dapat menggunakan semula nama kumpulan mereka, mengikut peruntukan seksyen 7(3)(b) Akta Pertubuhan 1966.

Kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri hari ini menyebut, individu yang masih bergiat dalam aktiviti kumpulan terbabit boleh disiasat dan didakwa mengikut Seksyen 6(2), Seksyen 6 (3), Seksyen 42 dan Seksyen 48 Akta Pertubuhan 1966 serta Seksyen 142 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dilaporkan berkata pengharaman tersebut dibuat melalui satu pewartaan semalam.

Beliau berkata kumpulan kongsi gelap itu antara lainnya melibatkan:

- Geng 04 yang dikenal pasti bergerak aktif di Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur.
- Geng 08 yang bergerak aktif di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.
- Double 7 yang bergerak aktif di seluruh Semenanjung.
- Tiga Line yang bergerak aktif di 20 kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Kedah dan Perak.
- Geng 30 yang bergerak aktif di seluruh Semenanjung.
- Geng 38 yang aktif di 14 kawasan di Kepong, Jinjang dan Setapak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan di Johor Baharu, Johor. - mk

Dari Sin Chew Daily (Berita Semalam) :
Sebilangan ahli politik ternama didakwa menaungi beberapa kongsi gelap dan beberapa orang daripadanya turut menjadi penasihat kumpulan terbabit.

Laporan akhbar Sin Chew Daily menyebut, kumpulan berkenaan merupakan antara 10 kongsi gelap, yang akan didedahkan esok oleh Kementerian Dalam negeri.

Ia membabitkan kumpulan gengster Cina, Melayu dan India, menurut laporan akhbar berbahasa Cina itu.

Kumpulan itu meliputi “Geng 04”, “Geng 08”, “Geng 21” dan “Geng 36” dari kumpulan India; “Hong Shun Tang”, “3821”, “Wu Se Qi”, “Hong Men” dan Hua Ji Dang” dari golongan Cina; serta “Geng 3 Calit” dari kelompok Melayu.

Akhbar tersebut yang memetik kenyataan sumber menyebut, kerajaan buat kali pertama akan melancarkan “perang” ke atas kongsi gelap dengan mendedahkan senarai nama kongsi berkenaan kepada umum.

Menurut sumber tersebut, gengster Cina aktif dalam perniagaan haram termasuk menjual DVD cetak rompak, membuka pusat karaoke, pusat perjudian, mengedar dadah dan khidmat pelacuran.

“Gengster India secara perbezaannya lebih agresif kerana mereka memungut wang perlindungan dari pengusaha gerai dan pub selain menjadi penembak.

“Sementara itu, gengster Melayu lebih aktif 'menjaga' tapak pembinaan dengan memungut wang di sana.

“'Geng 3 Calit' Melayu paling aktif dan ketua setiap kawasan dipanggil ayahanda,” katanya. SUMBER

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular