Wednesday, August 28, 2013

Isu kontroversi terkini SK Seri Pristana: Apakah Muhyiddin Yassin masih layak menjadi Menteri Pendidikan?

Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, M Kulasegaran mengkritik sikap Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana mendiamkan diri dan seolah-olah tidak mahu bertanggungjawab dalam insiden yang berlaku di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana baru-baru ini.

“Saya ingin bertanya kepadanya sama ada dia tidak mempunyai kuasa atau kejam atau kedua-duanya sekali dalam isu-isu yang berlaku di SK Seri Pristana?

“Dia boleh memilih untuk berdiam diri, tetapi dia perlu menjawapnya apabila Parlimen bersidang kelak.

“Saya juga ingin bertanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mempunyai hak untuk melantik menteri-menteri, jika seseorang menteri itu mengabaikan perbuatan buli dan ugutan di sekolah-sekolah, apakah beliau masih layak menjadi Menteri Pendidikan?,” tegasnya dalam kenyataan, semalam.

Kulasegaran yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan berkata demikian merujuk kepada tiga isu berkenaan SK Seri Pristana tempohari.

SK Seri Pristana, Sungai Buloh baru-baru ini digemparkan dengan insiden pelajar bukan Islam telah ditempatkan oleh pihak pengurusan untuk makan di bilik persalinan pada bulan Ramadan.

Pemberi maklumat, Guneswari Kelly yang mendedahkan gambar kejadian itu telah menerima ugutan culik dan membuat laporan polis namun tidak ada sebarang tindakan diambil. Anak beliau kemudiannya menjadi mangsa buli rakan-rakan dan guru-guru sekolah.Murid Sekolah 1

Pengetua SK Seri Pristana, Mohd Nasir Mohd Noor selepas itu membuat laporan polis terhadap beberapa penjaga, beliau mendakwa tindakan itu sengaja dilakukan untuk mencetuskan ketegangan.

“Pihak polis telah menahan penjaga kepada pelajar SK Seri Pristana kerana didakwa telah memberi ancaman kepada pengetua sekolah dan dilaporkan akan disabitkan dengan kesalahan hasutan jenayah.

“Penangkapan itu telah menimbulkan kemarahan ramai yang ingin tahu bilakah ketidakadilan dan kezaliman sedemikian akan berakhir.

“Rakyat juga marah kerana tidak ada sebarang tindakan diambil sama ada oleh Kementerian Pelajaran atau polis,” katanya.

Kulasegaran menegaskan, kelambatan kementerian dan pihak polis akhirnya membuatkan masalah tersebut bertambah rumit sehingga menjejaskan pendidikan mangsa.

“Anak perempuan Guneswari telah menjadi tertekan dan malu dengan insiden itu, dia bukan saja menjadi mangsa buli rakan-rakan, malah dipulaukan. Akibatnya, Guneswari memutuskan memindahkan anaknya ke sekolah lain untuk mengakhiri kekejaman psikologi yang dihadapi.

“Malangnya, tiada tindakan diambil terhadap pengetua atau guru-guru dan menteri pendidikan terus mendiamkan diri, Kementerian Pendidikan pula seolah-olah menganggapnya sebagai isu remeh. Kejadian buli dan ugutan seperti ini tidak boleh diterima.

“Polis juga langsung tidak memberikan sebarang penjelasan,” kesalnya. -Roketkini.com

PIBG SK Seri Pristana mahu sekolah jawab kontroversi terkini
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Seri Pristana mahukan jawapan daripada pentadbiran sekolah mengenai tuduhan intimidasi terhadap beberapa murid sehingga menyebabkan tiga murid bukan Islam ditukarkan ke sekolah lain oleh ibu bapa masing-masing.

Mendakwa tidak tahu mengenai pertukaran itu, Pengerusi PIBG, Hussein Mohd Ariff, memberitahu The Malaysian Insider bahawa mereka akan bertemu dengan pihak pengurusan sekolah esok.

Semalam dilaporkan sekurang-kurangnya tiga murid bukan Islam keluar dari sekolah di Sungai Buloh itu dan 10 lagi akan mengikut jejak langkah berkenaan untuk bertukar ke sekolah lain.

Ini adalah akibat daripada tuduhan intimidasi selepas kejadian bilik persalinan sekolah itu jadi kantin tersebar luas di laman sosial Facebook.

Tiga murid terbabit mendakwa mereka diintimidasi dan dibuli oleh pihak berkuasa sekolah selepas isu murid bukan Islam diarahkan makan pada waktu rehat di bilik persalinan diketahui umum.

Ia turut mendedahkan bahawa ibu bapa 10 lagi murid bukan Islam akan menukarkan anak mereka ke sekolah lain selepas seorang penjaga mendakwa diugut oleh guru besar apabila menuduh ada orang yang tidak dikenali mengambil gambar anaknya sebanyak dua kali dalam kawasan sekolah.

Hussein melahirkan rasa tidak percaya atas perkembangan terbaru itu.

“Ini semua baru untuk saya. Saya menjangkakan sekolah akan memaklumkan kepada saya dan ahli jawatankuasa lain mengenai kejadian ini pada Khamis,” katanya menerusi sistem pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider.

“Saya tidak faham mengapa isu ini perlu dipanjangkan,” katanya.

Setiausaha Kebangaan Malaysia Tamilan Today Welfare, K Gunasegaran, berkata semua ibu bapa hilang kepercayaan kepada guru besar dan guru.

“Kami tidak melihat cara lain oleh kerana murid diganggu dan dibuli di sekolah, hanya kerana ibu bapa mereka bersuara,” katanya.

Terdapat 25 murid bukan Islam di sekolah yang mempunyai 1,400 murid itu.

Sekurang-kurangnya 10 ibu bapa membuat laporan polis terhadap sekolah itu atas aduan yang hampir sama iaitu anak mereka diintimidasi dan dibuli, tetapi polis berkata tidak ada niat jenayah dalam aduan itu dan perkara itu dipindahkan ke Jabatan Pelajaran.

Seorang bapa, V Kumancan, turut ditahan dua hari lalu atas tuduhan mengugut guru besar sekolah, Mohd Nasir Mohd Noor.

Kumancan dituduh datang ke sekolah pada 25 Julai jam 2.30 petang, tetapi beliau menafikan tuduhan itu dan berkata sedang bekerja pada waktu itu.

Bapa berusia 31 tahun itu yang buat masa ini dibebaskan atas jaminan polis, dijangka didakwa atas tuduhan intimidasi jenayah tidka lama lagi.

Kumancan turut membuat laporan polis pada 30 Julai terhadap Mohd Nasir dan sekolah atas tuduhan mengambil gambar anak perempuannya yang berusia 10 tahun di sekolah, menuduh perbuatan itu berlaku dua kali pada 29 Julai, empat hari selepas kejadian makan dalam bilik persalinan itu didedahkan oleh Guneswari Kelly.

Guneswari sejak kejadian itu memindahkan anak perempuannya ke sekolah Tamil selepas murid sembilan tahun itu dikatakan didera secara lisan oleh beberapa guru di sekolah itu. – 28 Ogos, 2013. TMI

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular