Tuesday, August 27, 2013

Isu TPPA : Pendirian Dr Mahathir dan Mukhriz hanya sekadar lakonan anak beranak? yg jadi mangsa rakyat!!

Mukhriz bercanggah dengan Dr Mahathir dalam isu TPPA
Datuk Mukhriz Mahathir bercanggah dengan pendirian bapanya,Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggesa Putrajaya mendedahkan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), sebaliknya berkata kerajaan tidak perlu bertindak demikian.

Menteri Besar Kedah itu berkata, kerajaan masih belum menandatangani perjanjian tersebut dan ia tidak akan diteruskan jika memudaratkan rakyat.

"Kerajaan negeri beri jaminan bahawa tidak akan ada sebarang persetujuan kalau ia (TPPA) menjejaskan Kedah khususnya dan Malaysia secara amnya. Jangan beranggapan bahawa dalam proses rundingan, seolah-olah ia (TPPA) sudah dipersetujui," katanya.

"Seperti yang kita maklum dalam mana-mana rundingan sudah tentu kita kena simpan rahsia takut dibocor kepada pihak belah sana. Maklumlah dalam TPPA ini ada 12 negara terlibat dan sekarang ini banyak komen datang daripada kebocoran maklumat contohnya Wikileaks," katanya yang dipetik berkata dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah semalam.

Semalam, bekas Perdana Menteri paling lama berkhidmat Dr Mahathir mencurigai rundingan TPPA oleh kerajaan serta mendesak supaya analisis kos untung rugi dibentang kepada umum untuk menilai kelebihan dan keburukan perjanjian itu.

Dr Mahathir juga membidas cara kerajaan mengendalikan perjanjian tersebut kerana disifatkannya cuba merahsiakan sesuatu daripada umum.

"Perbincangan pun tidak diberitahu dan dibuat secara tersorok daripada orang ramai, dirahsiakan.

"Ini mesti ada perkara yang tidak diingini diketahui umum. Tetapi apa yang saya lihat, ia lebih rugi daripada untung," kata Dr Mahathir lagi semalam pada persidangan meja bulat TPPA anjuran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) di Kuala Lumpur.

Selain mengkritik perjanjian TPPA, Dr Mahathir juga menegaskan perjanjian itu jika diteruskan bakal memberi kesan buruk kepada ekonomi negara, terutama daripada segi eksport dan import negara yang boleh menyebabkan negara mengalami defisit lebih teruk.

TPPA adalah inisiatif untuk membentuk satu kawasan perdagangan bebas (FTA) di kalangan 12 negara yang berjumlah 800 juta penduduk dan gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Malaysia menyertai TPPA sebagai anggota perunding penuh pada pusingan ke-3 yang diadakan di Brunei Darulssalam pada Oktober 2010 lalu, serta terbaru adalah di semasa pusingan ke-18 baru-baru ini di Kota Kinabalu.

Kontroversi TPPA mendapat perhatian banyak pihak antaranya kumpulan sivil, pertubuhan bukan kerajaan dan juga parti Pakatan Rakyat (PR), hingga menyaksikan Putrajaya terpaksa membentuk Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) melibatkan keanggotan dwi partisan bagi membolehkan pembangkang mendapat penjelasan berhubung perjanjian berkenaan.

PR turut membangkitkan persoalan terhadap beberapa isu dalam TPPA yang memungkinkan akan memberikan kesan negatif kepada Malaysia memandangkan perjanjian itu tidak boleh diumumkan kepada orang ramai.- 27Ogos, 2013.

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular