Thursday, August 29, 2013

Anak muda berhak dapat pendidikan tanpa hutang

KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) kesal sistem pendidikan tinggi di Malaysia meneruskan bebanan kepada generasi muda yang terpaksa berhutang untuk mendapat pendidikan tinggi.

Akibatnya, kata Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menghasilkan generasi muda yang berhutang walaupun dengan tujuan untuk menuntut ilmu.

“Malangnya mereka yang tamat pengajian terpaksa berhadapan bebanan hutang sebelum berpeluang untuk mendapat pekerjaan,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, sebagaimana di bawah.

Teras Pengupayaan Melayu (Teras) kesal sistem pendidikan tinggi di Malaysia meneruskan bebanan kepada generasi muda yang terpaksa berhutang untuk mendapat pendidikan tinggi.

Akibatnya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menghasilkan generasi muda yang berhutang walaupun dengan tujuan untuk menuntut ilmu. Malangnya mereka yang tamat pengajian terpaksa berhadapan bebanan hutang sebelum berpeluang untuk mendapat pekerjaan.

Kami berpandangan tanggungjawab asasi sesebuah kerajaan ialah untuk memastikan pendidikan rakyat disempurnakan dengan kaedah yang tidak membebankan dan tidak mengikat seseorang anak muda dengan hutang sebelum mendapat pekerjaan.

Adalah silap besar apabila polisi yang digunapakai untuk memberi peluang anak muda melalui pendidikan tinggi pada kali pertama, sistem hutang diperkenalkan.

Sememangnya kos untuk menampung pendidikan tidak dapat dielakkan namun kami mempersoalkan komersialisasi pendidikan dan membenarkan pendidikan menjadi suatu industri mengaut keuntungan telah menyebabkan penyebaran dan menuntut ilmu menjadi suatu yang sangat mahal dan membebankan.

Lantaran itu mereka yang majoriti tidak berkemampuan terpaksa berhutang di awal usia muda walaupun belum sempat untuk mendapat sebarang pekerjaan.

Kami mengambil perhatian peningkatan kos hidup akan menambah beban generasi muda yang terikat dengan hutang PTPTN berpotensi mengurangkan kualiti hidup rakyat apabila wang baki pendapatan untuk dibelanja (take home pay) menjadi sangat sedikit apabila pendapatan yang tidak menentu terpaksa menanggung pembayaran hutang.

Alasan bahawa pendidikan pengajian tinggi adalah suatu urusan yang melibatkan kos tinggi bukan alasan yang boleh diterima apabila banyak pembaziran dalam pengurusan lain berlaku di depan mata rakyat.

Sebenarnya jika ada sektor yang seharusnya diturunkan kos malah diringankan beban rakyat, kami berpendapat sektor pendidikanlah yang sepatutnya dijadikan sektor tumpuan.

Malangnya pihak kerajaan masih tidak melihat strategi jangka panjang untuk memberi ruang seluasnya kepada rakyat untuk mendapat pendidikan yang murah dan tidak perlu dibebankan dengan hutang.

Kami berpendapat membuka ruang rakyat mengilmukan diri masing-masing dengan perbelanjaan yang paling murah adalah strategi jangka panjang yang berkesan berdasarkan pengalaman banyak negara maju.

Kami tidak faham kenapa segala aspek pendidikan negara dari peringkat rendah sehingga peringkat tinggi harus mengelami peningkatan kos. Melainkan kerana salah perancangan, unjuran yang tidak tepat, salah laku dalam perbelanjaan dan membenarkan perubahan sistem pendidikan yang menelan kos yang tinggi, sepatutnya kos pendidikan tidak seharusnya meningkat.

PTPTN pada dasarnya adalah untuk menampung kos pendidikan yang perlu dibayar oleh pelajar. Akan tetapi ia tidak menyelesaikan masalah akar iaitu kenapa pendidikan harus menjadi sektor yang terlalu terdedah kepada perbelanjaan yang tinggi.

Kami bersetuju supaya PTPTN perlu disemak semula sama ada ia perlu dimansuhkan atau tidak.

Penilaian untuk menentukan semada PTPTN sebenarnya meningkatkan kelancaran dan kualiti pendidikan atau di sebaliknya perlu dilaksanakan.

Kajian sama ada hutang yang terbeban kepada seorang pelajar yang terpaksa ditanggung dalam keadaan mereka belum mendapat kerja, menjejaskan kualiti hidup rakyat keseluruhannya atau tidak. - bm.harakahdaily.net

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular