Wednesday, August 28, 2013

Ini baru dikatakan 'PATRIOTIK'!! betul tak Najib @NajibRazak?

Walaupun menjadi pusat pendaftaran, Putrajaya sendiri tidak mendepani langkah mengibarkan Jalur Gemilang menjelang sambutan Hari Kemerdekaan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Shabery Cheek.

Beliau berkata, perkara itu paling dikesalinya memandangkan di kuaters kerajaan sendiri masih kurang bendera dipasang.

"Mereka masih tunggu kerajaan beri bendera," katanya dalam sidang media di kementeriannya di Putrajaya hari ini.

Shabery berkata, keadaan itu sama sekali berbeza dengan keadaan di negara jiran apabila semua orang menunjukkan patriotisme masing-masing walaupun mempunyai perbezaan pandangan politik. mk

Ini Soalan ker Cadangan? Ingatkan dah ghaib, rupa2nya timbul gak. Kalau yer pon jgnlah nak samakan nilai Jalur Gemilang dgn rokok. Adeeiii.

Kita kan rakyat malaysia... Kenapa rakyat disuruh beli Jalur Gemilang sedangkan KERAjaa-BN boleh plok bg IC kpd 1.4 juta pekerja Bangladesh. Betullah..“KERA DI HUTAN DISUSUKAN, ANAK DI RUMAH MATI KELAPARAN”. Nilai IC lagi mahal drpd ROKOK!

~SR~


Rais Yatim Berang !, Rakyat Semakin Kurang Kibar Jalur Gemilang !

Jalur Gemilang murah dari rokok
Semangat rakyat di negara ini untuk mengibarkan jalur gemilang semakin kurang walaupun harga bendera itu lebih murah daripada sekotak rokok.

Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan Tan Sri Dr Rais Yatim berkata perkara itu sangat mendukacitakan kerana pengibaran jalur gemilang merupakan satu cara untuk rakyat negara ini menzahirkan semangat patriotisme dalam diri mereka.

"Masalahnya ialah tiada perasaan dalaman dalam rakyat kita terutama yang sebahagiannya duduk di bandar.

"Kita juga dapati pelajar-pelajar kita tidak terlengkap dengan rasa cinta kepada negara menerusi perlambangan bendera Jalur Gemilang...bendera lambang yang paling mudah dan murah yakni hanya lapan batang rokok harga satu bendera kita boleh kibarkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Profesor Emeritus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kepada bekas Rektor UIAM Kedua Dato Dr Abdulhamid Ahmad Abusulayman, di sini hari ini.

Rais berkata semangat mengibarkan jalur gemilang perlu diterap ketika zaman persekolahan lagi sehingga ke institusi pengajian tinggi.

"Jadi disyorkan di sekolah-sekolah mesti ada penanam semangat ini baik di sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan," katanya.- Bernama

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

1 comment:

Romero Carley said...

Hi thanks for sharing this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular