Thursday, August 29, 2013

Siapa pulok yang lantik Suhaimi Baba sebagai wakil Menteri Komunikasi

Si Pengarah nak ugut & MACAI2 nak melenting mcm 'BEROK' apa pasai? Siapa pulok yang lantik Suhaimi Baba sebagai wakil Menteri Komunikasi nak "SOUND" beri amaran pada pengusaha pawagam di P.Pinang?

Ade selit ker kisah2 perjuangan Mat Kilau, Haji Man Limbong, Tok Janggut, Dr burhanuddin Al Helmi? ~SR~

Tayangkan Tanda Putera atau lesen dibatalkan, pengusaha pawagam Pulau Pinang diberi amaran
Jika pengusaha pawagam di Pulau Pinang tidak menayangkan filem penuh kontroversi, Tanda Putera esok, mereka mungkin berdepan lesen mereka dibatalkan, gesa pengarah filem itu, Datin Paduka Shuhaimi Baba.

Beliau menjawab gesaan kerajaan negeri Pulau Pinang yang menyeru pengusaha pawagam di negeri itu tidak menyayangkan Tanda Putera atas penyebaran maklumat yang tidak tepat berhubung tragedi rusuhan kaum 13 Mei 1969.

“Sebagaimana yang kita maklum, tayangan akan berlangsung seperti yang ditetapkan dalam Skim Wajib Tayang Finas.

“Lim Guan Eng tidak wajar memberi arahan kepada pengusaha pawagam untuk tidak menayangkan Tanda Putera kerana saya adalah seorang pembikin filem dan bukannya ahli politik untuk dilepaskan dendam.

“Saranan Lim tidak masuk akal sebagai seorang ketua menteri kerana beliau belum lagi menonton filem itu namun telah menggunakan kuasa tanpa usul periksa. Ini satu perbuatan yang memalukan. Lim seharusnya mencari lawan yang sepadan dengannya, bukan pembikin filem,” katanya semasa dihubungi The Malaysian Insider.

DAP telah mengkritik filem berkenaan yang kemudiannya disambut oleh MCA menyuaraksn kebimbangan berhubung babak dan dialog dalam filem berkenaan yang boleh mencetus ketegangan kaum.

Penasihat DAP Lim Kit Siang kesal dengan filem Tanda Putera yang masih menayangkan babak beberapa pemuda Cina kencing di tiang bendera laman bekas Menteri Besar Selangor Datuk Idris Harun meskipun filem itu telah dittangguhkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi mengelak musim Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menggelar tindakan Lim sebagai satu perbuatan bodoh kerana Lembaga Penapisan Filem di bawah Kementerian Dalam Negeri sahaja yang berhak membatalkan tayangan sesebuah filem dan bukannya kerajaan negeri.

Ahmad Shabery berkata beliau mahu penjelasan daripada kerajaan negeri Pulau Pinang atas usaha mereka untuk menahan penyangan filem Tanda Putera di negeri itu.

Beliau menambah usaha kerajaan negeri yang dikuasai DAP itu hanyalah satu gerakan yang mahu menghancurkan seni filem tempatan.

Katanya, agensi di bawah kementeriannya akan meneliti terlebih dahulu sejauh mana kuasa kerajaan negeri dan kerajaan tempatan bagi menghalang tayangan sesebuah filem di tempat mereka. TMI

Kementerian Akan Kaji Tindakan Kerajaan P.Pinang Sekat Tayangan Filem Tanda Putera - Shabery
Oleh IWAN SHU-ASWAD SHUAIB

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan mengkaji sama ada filem kontroversi, Tanda Putera boleh disekat daripada ditayangkan di semua pawagam di Pulau Pinang ataupun tidak.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, beliau akan melihat sama ada keputusan larangan itu adalah di bawah kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ataupun agensi lain.

"Saya akan lihat apakah ini di bawah kuasa kerajaan tempatan (PBT). Mereka boleh melarang, misalnya lesen untuk panggung wayang di bawah kuasa kerajaan tempatan.

"Tetapi adakah kuasa ini digunakan untuk mengharamkan sesuatu filem (daripada ditayangkan).

"Ini suatu perkara yang baru perlu dilihat," katanya kepada pemberita pada majlis pelaksanaan tayangan promo, treler dan nyanyian lagu Negaraku sempena Hari Kemerdekaan negara ke-56 di pawagam Golden Screen Cinemas (GSC), Pavilion di sini, Rabu.

Beliau mengulas mengenai tindakan kerajaan Negeri Pulau Pinang pada Rabu yang meminta semua pengusaha panggung wayang di negeri itu tidak menayangkan filem kontroversi, Tanda Putera arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba.

Shabery berkata, sekatan terhadap filem kebiasaannya dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri khususnya filem-filem yang tidak sesuai, lucah, ganas atau pun menghantar mesej yang salah melalui Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM).

Katanya, tidak pernah lagi sekatan filem dibuat oleh kerajaan negeri dengan mengharamkan sesuatu filem daripada ditayangkan di negeri tersebut.

"Ini menggambarkan fikiran sempit mereka ingin memulakan budaya "banning" (sekatan) melebihi daripada tahap yang sepatutnya.

"Kita akan lihat bahawa kalau ini berlaku, apakah suatu masa nanti banyak lagi perkara lain yang akan timbul daripada soal ini," katanya.

Beliau menambah, sekatan tayangan filem hanya dilakukan sekiranya ia secara jelas bertentangan dengan prinsip-prinsip LPFM.

"Ada banyak perkara yang perlu diberikan ruang untuk dikritik, dibahaskan kerana akhirnya penonton yang akan menilai sesuatu filem," katanya.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada Rabu berkata bahawa filem tersebut yang dijadualkan ditayangkan pada Khamis (29 Ogos) mengandungi babak fitnah yang boleh menimbulkan provokasi dan perasaan benci antara kaum.

Lim berkata, kerajaan negeri kecewa apabila Kementerian Komunikasi dan Multimedia membenarkan penayangan filem berkenaan tanpa memotong beberapa babak yang boleh mencetuskan provokasi. mStar

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular