Monday, July 15, 2013

Pasangan persenda Ramadhan bakal didakwa

KUALA LUMPUR: Pasangan yang mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan di laman sosial Facebook boleh didakwa kerana memaparkan gambar dan kata-kata jelik, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari hari ini.
Beliau berkata mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Kesalahan itu boleh dihukum denda RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pasangan itu hadir di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di sini hari ini bagi memberi keterangan, katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.

Pasangan itu didakwa memuat naik gambar mereka makan Bak Kut Teh beserta kapsyen yang menyentuh sensitiviti umat Islam di laman sosial berkenaan, baru-baru ini.

Pasangan itu tiba di pejabat penguatkuasaan SKMM di sini pada jam 10.45 pagi.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan dan Pengawasan Industri SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin memberitahu pemberita di pejabatnya bahawa siasatan akan dijalankan untuk beberapa hari sebelum laporan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

"Siasatan akan dilakukan dalam sehari dua," katanya.

Beliau berkata selain SKMM, pihak polis juga akan turut menyiasat perkara itu mengikut perundangan yang ada.

Sementara itu, pergerakan Pemuda UMNO menggesa kerajaan mengambil tindakan segera dan konsisten terhadap dua individu yang mempersenda bulan Ramadan biarpun mereka mengemukakan permohonan maaf.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata ia sebagai pengajaran kepada orang lain agar tidak menjadikan isu agama sebagai bahan gurauan yang boleh menjejaskan sensitiviti kaum lain.

Katanya, Pemuda mahu dalam kes terbaru, mereka yang bertanggungjawab menerima hukuman setimpal kerana ia mengundang kemarahan masyarakat Islam di negara ini.

"Sudah banyak insiden sebegini tapi tidak ada tindakan tegas. Ia membuka ruang kepada berlakunya perkara serupa pada masa akan datang.

"Kita mahu suara rakyat didengari. Saya difahamkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sudah mengambil keterangan. Tetapi ia tidak cukup, biarpun mereka sudah minta maaf tetapi tindakan ke atas mereka harus diambil," katanya pada sidang media di ibu pejabat pergerakan itu.

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular