Friday, July 19, 2013

Berapa ratus juta ‘kos’ PRK Kuala Besut? Dimana SPR?

Kerajaan didakwa telah membelanjakan RM 288.847 juta untuk pengundi kawasan tersebut.

PETALING JAYA: Penduduk Kuala Besut benar-benar mendapat durian runtuh kerana sehingga ini kerajaan didakwa telah membelanjakan RM 288.847 juta untuk mereka.
Dijangka lebih banyak wang dibelanjakan menjelang hari mengundi pada 24 Julai – enam hari lagi.
Barangkali pengundi Kuala Besut yang terletak tidak jauh dari sempadan Kelantan itu tidak pernah bermimpi dalam tempoh seminggu sahaja, mereka mendapat durian runtuh itu.
Tetapi mimpi itu kini terbentang di depan mata mereka, semuanya kerana pilihan raya kecil DUN setelah kematian Adun BN, Dr Abdul Rahman Mokhtar baru-baru ini.
  • Berikut angka-angka yang diberikan oleh badan bebas pemantau pilihan raya Malaysia (Mafrel).RM10 .35 juta untuk pembinaan pangsapuri empat tingkat merangkumi 72 unit di Kampung Tok Saboh, Kuala Besut.
  • Bantuan RM147,750 dalam bentuk anak ayam kampung, kambing, makanan ayam dan motosikal roda tiga daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu kepada 314 petani sekitar Kuala Besut oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman.
  • Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bantuan RM343,000 untuk naik taraf masjid Haji Ishak, Kampung Dengir di Kuala Besut.
  • Muhyiddin meluluskan peruntukan RM28 juta projek pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Peroi di Tok Saboh, Kuala Besut.
  • Projek bernilai RM250 juta untuk mendalamkan muara Sungai Besut.
  • Pemberian kunci rumah dan surat tawaran Rumah Mesra Rakyat (RMR) oleh Pengarah Urusan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Kamarul Rashdan Salleh di Kuala Besut.
Di mana SPR
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin mendakwa menerima salinan tiga  keping surat sebuah agensi kerajaan iaitu Kemas.
“Dari gambar surat helaian ke tiga jelas bukan Kemas (Jabatan Kemajuan Masyarakat)  sahaja tetapi perbagai agensi lain turut terlibat,” katanya.
Lantaran itu, aktivis PKR itu bertanya di mana SPR?
“Soal yang lebih penting SPR yang mengendali PRK Kuala Besut ini ialah SPR sama yang telah berjaya memainkan peranan menghancurkan sistem pilihan raya Malaysia dengan menjadi penipu utama dalam PRU ke 13 yang lalu.
“Kerana itu Chegu Bard menyatakan pendirian bahawa sebagai seorang aktivis berpendirian betapa PRK Kuala Besut ini seharusnya diboikot dan hentaman terhadap SPR harus diperhebat dalam dan luar negara.
“Yakinlah jika SPR yang sama terus diberikan kepercayaan mengadili demokrasi pilihan raya Malaysia PRU ke 14 keadaan bakal menjadi lebih teruk,” tambah beliau lagi.
Bagaimanapun, pengundi Kuala Besut tidak mahu ambil tahu semua itu.
Abdul Rahim Awang berkata, beliau tidak tahu mengena taburan projek itu kerana menurutnya kerana itu semua urusan kerajaan yang memerintah.
Katanya, sama ada projek dicurahkan atau tidak, rakyat akan memilih calon Barisan Nasional, Tengku Zaihan Cheku Abdul Rahman.

Beliau memberi alasan calon PAS, Endot @ Azlan Yusof yang dikenali sebagai Che Long tidak berkaliber menjadi wakil rakyat.

- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/07/18/berapa-ratus-juta-kos-prk-kuala-besut/#sthash.RnJkWNrG.w8bIjb2E.dpuf

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular