Friday, July 19, 2013

Stadium bernilai hampir RM300 juta tapi DUA kali Runtuh kah kah kah

Rekaan dan bahan kualiti rendah punca bumbung stadium Terengganu runtuh
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Rashid Shirlin hari ini memberitahu Dewan Rakyat keruntuhan sebahagian bumbung Stadium Sultan Mizan di Kuala Terengganu berpunca daripada faktor rekaan tidak memadai dan bahan serta hasil kualiti kerja tidak mengikut spesifikasi.

Rosnah turut menjelaskan, jawatankuasa siasatan yang ditubuhkan pada penghujung 2009 membentangkan faktor penyebab lain ialah faktor kawalan dan kualiti yang tidak dilaksanakan di tapak projek.

“Kementerian Kerja Raya (KKR) difahamkan kerajaan negeri Terengganu masih mengumpul bukti untuk memfailkan saman awam kepada pihak yang terbabit dengan projek ini.

“Projek bernilai RM292.9 juta itu siap pada Mei 2008 dan pada Jun 2009 sebahagian bumbung yang runtuh ditutup untuk baik pulih. Jawatankuasa penyiasatan ditubuhkan pada akhir 2009 untuk kenal pasti punca runtuhan,” katanya.

Menjawab soalan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berhubung apakah pengajaran yang dapat diambil berhubung keruntuhan bumbung berkenaan, Rosnah berkata KKR sudah menubuhkan jawatankuasa khas pada bulan ini yang terdiri daripada pakar industri pembinaan negara bagi mengkaji amalan semasa pembinaan dan mengemukakan syor penambaikan kepada kerajaan untuk pertimbangan.

“Jawatankuasa ini diberi masa tiga bulan untuk mengumpul dan melakukan siasatan dengan melawat tapak binaan. Hasil kajian akan diperoleh menjelang pertengahan September tahun ini,” katanya.

Stadium bernilai hampir RM300 juta itu hanya sempat digunakan setahun termasuk penganjuran Sukan Malaysia 2008 sebelum bumbung bahagian barat stadium itu runtuh pada Jun 2009.

Stadium yang mempunyai fasiliti untuk pelbagai jenis sukan itu kemudiannya dibaik pulih dan bumbung bahagian timur juga terpaksa dibuang atas faktor keselamatan.

Tetapi sekali lagi insiden berlaku apabila bumbung berkenaan roboh pada Februari tahun ini ketika kerja pembinaan sedang dijalankan. TMI

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular