Tuesday, July 16, 2013

Keajaiban Terhadap Kesucian Agama Islam yang di tegakkan dalam Negara Islam 1Malaysia

Pejabat AG saran JAWI 'gugur tuduhan' ke atas Nik Raina
Pengurus kedai buku Borders, Nik Raina Nik Aziz terpaksa mempertahankan diri atas tuduhan menjual buku bertajuk Allah, Kebebasan dan Cinta karya Irshad Manji sejak setahun lalu.


Namun, ia bakal berakhir apabila Pejabat Peguam Negara menyarankan agar ketua pendakwa syarie Wilayah Persekutuan dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan mengugurkan tuduhan ke atasnya.


Ketua pegawai operasi Borders Yau Su Peng mengesahkan perkara itu ketika dihubungi.

Beliau juga mengarahkan peguam syarikat tersebut untuk mendapatkan tarikh bagi Mahkamah Tinggi Syariah menarik balik dakwaan tersebut secara rasmi.

Katanya, tidak adil bagi Nik Raina sekiranya keputusan tersebut ditangguh.

“Kami berterima kasih pada penasihat kanan undang-undang persekutuan kerana menasihatkan ketua pendakwa Syarie dan pengarah JAWI untuk menarik balik tuduhan. Ini adalah perkara yang paling munasabah dalam menegakkan undang-undang.

“Kami berharap, rahmat pada bulan Ramadan yang mulia ini boleh dirasai sebagai hadiah Hari Raya pada Nik Raina dan keluarga,” kata Yau. mk

Artikel Berkaitan :

KUALA LUMPUR, 19 Mei — Walaupun menerima kecaman dan kritikan yang berterusan dari pelbagai pihak termasuk pihak berkuasa agama di negara ini, buku karya penulis kontroversi Kanada, Irshad Manji dilancarkan tanpa sebarang insiden provokasi hari ini.

Penulis berusia 48 tahun anak kelahiran pelarian Uganda itu tetap hadir melancarkan buku terbarunya “Allah, Kebebasan dan Cinta” di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCH) di sini dalam keadaan aman dengan kehadiran sekitar 30 peminatnya di negara ini.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengeluarkan kenyataan sebelum ini mengharamkan sebarang program yang melibatkan sokongan terhadap gaya hidup songsang lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) diadakan di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pihaknya memandang serius terhadap perkara itu dan meminta semua jabatan agama di setiap negeri menghalang sebarang program melibatkan wanita itu daripada berlangsung.

Beliau berkata buku berkenaan dipenuhi unsur penghinaan terhadap Islam serta perjuangannya dalam mempertahankan cara hidup sebagai seorang lesbian.

Irshad bagaimanapun menjelaskan “apa yang diharamkan? Adakah ia dilihat seperti diharamkan kepada saya?” soalnya apabila ditanya berkenaan kemungkinan pengharaman buku terbarunya itu. - TMI

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular